Oleh BORHAN AHMAD / October
17, 2021
Rekod kerajaan negeri
Selangor sejak tahun 2008 sehingga kini membuktikan bahawa DAP tidak pernah
menggugat kepentingan orang Melayu dan agama Islam walaupun mereka berada dalam
sesebuah kerajaan.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, DAP telah berada
dalam kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 lagi dan kepentingan Melayu dan
agama Islam terjaga dengan baik di negeri itu.
“Serangan kepada DAP ini
hanya sentimen perkauman untuk menarik sokongan politik sahaja,” kata Khalid
mengulas kempen sentimen membenci DAP yang giat di jalankan semula sekarang.
“Terbukti, tidak ada apa-apa
masalah dan gugatan kepada kepentingan orang Melayu dan Islam di Selangor
walaupun DAP sudah berada dalam kerajaan Selangor sejak 2008 lagi.
“Orang
Melayu dan agama Islam di Selangor tidak pernah terjejas, masjid dan suraunya
diimarahkan dengan baik penuh dengan aktiviti keagamaan dan ilmu,” kata Khalid.
Menurut
beliau, pada tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Selangor yang
terdiri dari PKR, Pas dan DAP.
Sejak
tahun 2018 pula, kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, AMANAH dan
juga DAP memerintah Selangor.
Oleh
itu, katanya, dakwaan DAP ini mengancam kepentingan orang Melayu dan Islam
adalah mengarut dan tohmahan untuk mengajak orang Melayu membuat keputusan
berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata.
“Itu semua tohmah, fitnah dan
dakyah nak takutkan Melayu dan mahu orang Melayu membuat kputusan berdasarkan
sentimen.
“Yang
rosakkkan orang Melayu ini Melayu juga, merekalah sebenarnya yang memusnahkan
kepentingan Melayu dan Islam.
“Tengoklah
kerajaan Melayu Islam yang ada. Judi mereka naikkan dari lapan yang kita
benarkan dinaikkan kepada 22 kali.
“Dulu
masa kerajaan PH yang ada DAP kita bagi bantuan kepada sekolah-sekolah tahfis,
sekarang mereka dah tak bagi lagi.
“Ini
yang terbaru ni, ada arak bernama Timah pula yang dilancarkan. Semuanya berlaku
dalam kerajaan Melayu dan Islam,” kata Khalid Samad.
Bagi
beliau, dasar sesebuah kerajaan ditentukan bersama bukan oleh DAP walaupun
mereka berada di dalam kerajaan.
“Masa
kita (AMANAH) dalam kerajaan pusat dahulu, kita cadangkan dasar kerajaan adalah
Rahmatan lil alamain, Dap setuju, tak ada masalah padahal Rahmatan lil alamin
itu dari Al Quran,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu.
Menjelang
pilihan raya umum ke 15, kempen anti DAP kembali dihidupkan oleh Umno dan Pas.
Ia
juga dimainkan oleh pemimpin Umno Melaka kononnya mereka tidak rela bekerjasama
dengan DAP di Melaka.
Padahal,
Umno Melaka sendiri mengaku, mereka sudah berunding dengan DAP untuk
bekerjasama bagi membentuk kerajaan bersama, namun ditolak oleh DAP.
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan rundingan
tersebut berlangsung sebelum tumbang kerajaan Melaka yang dipimpin Ketua
Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan.
“Saya
cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP,
saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan
negeri tumbang) tidak berlaku.
“Tetapi
adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu
itu,” katanya dalam wawancara secara maya dengan sebuah portal.
Jelasnya,
beliau diberi tanggungjawab mewakili partinya iaitu Umno untuk berunding dengan
pimpinan DAP Melaka, ia diatur oleh seorang pemimpin atasan Umno yang enggan
dinamakannya.
“Ini
bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri
sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.