Secara peribadi saya tak bersetuju jika PH memberi laluan pada MUDA untuk bertanding di bawah bendera PH. Ini berdasarkan sejarah lalu bila PH menerima biawak hidup macam parti Bersatu, lalu bila sudah berkuasa mereka pula khianat dengan PH. Dalam PH sendiri sudah ada Pemuda Amanah, WARDA, DAPSY, AMK yang function mereka sendiri sudah overlap dengan MUDA.
Sejarah 22 bulan kita lihat yang muda ≠ cerdik, tengok macam mana mat Jargon At Tabbayun 2 jam, atau bagaimana SS dalam rakaman mesyuarat terakhir PH penuh dengan emosi mempertahankan Mahathir sampai suruh jadi PM sampai habis penggal dan itu sendiri sudah khianat pada janji dan manifesto PH.
Cukup-cukuplah PH bela biawak hidup, jangan untung secupak, tapi rugi segantang. Biarlah mereka bertanding sendiri, nanti kita dapat lihat apa sebenarnya manifesto dan idealogi mereka, bukan hanya menumpang idealogi orang lain.