By Wartawan MalaysiaGazette - 21 October 2021
KUALA LUMPUR – ”PH mesti menolak
pengkhianat. Noktah,” tegas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.
Secara terang-terangan, beliau menolak sebarang gesaan Tian Chua
agar Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan ‘mana-mana pihak’ asalkan boleh
memberi kemenangan.
Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden PKR
baru-baru ini.
Bagaimanapun, Loke menyifatkan ia adalah pandangan peribadi Tian
Chua kerana DAP telah menjelaskan pendirian parti itu semasa mesyuarat Majlis
Presiden PH.
“PH mesti berkempen berdasarkan polisi bersama dan trek rekod
sepanjang 22 bulan memerintah Melaka di bawah Ketua Menteri Adly Zahari,” tegas
beliau.
Loke membuat penegasan
itu ketika ada ura-ura PKR akan mencalonkan semula empat Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali. –
MalaysiaGazette