MSO
MENYELAK SENJA
"Sapa kata Pas nak
bergabung dengan |
DALAM
siri pertama Perang Ghanimah Dalam Pas, dikisahkan bagaimana perang
itu berlaku, sebab musabab dan puncanya. Ia mula dibingkai dengan sejarah
perpecahan dalam Pas paling akhir tahun 2015. Perpecahan dalam Pas tahun 2015
itu dikeranakan pertembungan dua aliran yang didokong oleh dua pihak berbeza
pegangan dan uslub politik, yang bernama golongan agamawan dan Prolib - profesional
dan liberal.
Hasil pertembungan itu menyebabkan Pas berpecah sehingga
tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).
Apakah pula sebab
musabab perpecahan yang sedang berlaku dalam Pas kini? Walaupun di pihak Pas
cuba menafikan atau melindungi perpecahan itu tetapi ia sudah terdedah kepada
umum. Mereka yang makrifah dengan politik dapat membacanya.
Ia berlaku kerana ada dua kumpulan juga, yang satu masa dahulu
sekongkol untuk menghalau golongan Prolib. Mereka kini berpecah
jadi dua kumpulan, bermula, sebaik sahaja parti itu mula mengecapi nikmat
kemenangan menjadi sebahagian kerajaan 18 bulan lepas. Kuasa
dan pangkat tetap menjadi ukuran keampuhan dan kesejatian jiwa pejuang.
Kesempatan menjadi kerajaan dengan beberapa ahli parlimen mereka
dilantik jadi menteri, timbalan menteri, menyertai badan berkerajaan (GLC),
menyebabkan berlaku "pinaran" (pesil" anak mata sehingga terjadi
perebutan jawatan atau mula meresa syok dengan kedudukan. Itu sebab dinamakan
perpecahan kini adalah perang berebut ghanimah.
Elok kita telusuri bagimana ia bermula dan berlaku. Ia cambah
daripada hasil kerjasama politik antara Pas dengan Umno selepas Piraum ke-14.
Sebelum ini Pas menanfikan mereka akan bekerjasama dengan Umno malah ada yang
menganggap sesiapa menganggap Pas akan bekerjasama dengan Umno orang itu
gila.
Ertinya hanya orang gila yang memikir dan beranggap demikian.
Selagi Pas waras maka kerjasama itu tidak terbentuk. Itulah yang menjadi
pegangan Pas.
Hari ini, setelah tidak sampai 10 tahun, sindiran itu kembali
kepada Pas. Orang yang mengatakan gila kepada orang menganggap Pas akan
bekerjasama dengan Umno itu, gilanya telah kembali kepada si pengatanya.
Naib presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah dalam
usaha untuk menyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak akan
sesekali bekerjasama dengan Umno, membuat penegasan berbunyi "kalau
ada orang kata Pas nak bekerjasama dengan Umno, orang itu sudah gila."
Bukan sahaja BNA yang berkata demikian tetapi termasuk
juga Tuituman dan lain-lain menafikan dan menolak kalau
berlaku kerjasama dengan Umno. Mereka seolah bertaklid tidak akan bekerjasama
sama sekali dengan Umno. Hari ini apa sudah terjadi, apa ytang dinafikan itu
sudah berlaku. Mereka yang mencemuh orang menuduh Pas akan bekerjasama dengan
Umno gila, tetapi merekalah yang sudah sakit mental (gila).
Untuk merangka kerjasama itu, mulanya Pas menjalani maufakat
dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN). Pas dan Umno
bersetju menanda tangan piagam Muafakat Nasional. Orang Pas
dan Umno berjumpa, berpelukan dan menangis di PWTC. Saat itulah pertama kali
orang Pas menjejak karpet haram di PWTC.
Pemimpin Pas dan Umno bukan sahaja bertepuk bahu tetapi
berpelukan. Muslimat dan wanita Umno menangis macam budak kehabisan susu, atau
menunggu suami tidak pulang berminggu-minggu, kerana sedih dan pilu melihat
pertautan antara Pas dengan Umno yang kesekian lama bergaduh. Mereka tidak
sangka.
Sebenarnya Umno juga berasa mujur atas kesudian Pas untuk
menjalani kerjasama itu. Mereka bergabung dari rasa insaf dan kecewa sesudah
kalah. Cuba kalau mereka masih menang dan berkuasa, usahkan untuk berjabat
tangan menjeling mata kepada Pas pun tidak mahu. Situasi inilah mereka yang
kurang senang dengan "taawun" itu beranggapan Pas telah terpeda dan
tertipu dengan Umno.
Pertautan dan pembentukan kerajaan sama itu dalam masa Umno
hilng kerajaan manakala Pas pula gagal mendapat kememangan besar dalam Piruam
ke-14 ekoran berpecah wujudnya amanah. Yang merujakan Pas apabila Amanah menang
11 kerusi, yang sepatut jadi kerusi Pas, 29 kerusi. Kerana bimbang pengaruhnya
semakin menirus maka satu muafakat perlu diadakan dengan Umno.
Bermakna kesanggupan Pas bekerjasama dengan Umno itu bukan
ikhlas atas landasan perpaduan ummah tetapi menjaga kepentingan, begitu juga
dengan Umno. Justeru kerjasama politik itu sebenarnya sandiwara untuk menipu
rakyat.
Umno amat terkesan dengan kekalahan Piraum ke-14 sehingga hilang
kerajaan yang ditunjangi selama 61 tahun menjadikan parti itu hilang
"gedebe", ego dan mangak lantas menghulur tangan persabahan dengan
Pas. Untuk menghalakan tindakan mereka digunakan alasan untuk menentang
kerajaan PH yang ditunggai DAP dan menyelamatkan negara atas prinsip menyatukan
ummah. Dicipta teori kospirasi untuk memburuk kerajaan PH yang dipilih rakyat.
Semua itu alasan dan bohong belaka. Hari ini kedudukan dan
kepentingan Melayu masih ditakak lama. Bahkan dari berbarapa sudut kedudukan
orang Melayu masih ke belakang. Isu-isu diperjuangkan Pas seperti arak, aurat,
RUU 355 untuk laksanakan hudud, sudah ke sungai dan terampung di Luat Cina
Selatan. Lidah Pas sudah jadi lembek macam mentega di luar petis ais.
Sebenarnya MN suatu persepakatan diterima umum. Rakyat Malaysia
yang sudah penat berkekah kerana perbezaan politik bersyukur atas apa berlaku
jika ia ikhlas. Ada yang berpuasa sunat 18 hari dan menyembelihkan lembu untuk
kenduri kesyukuran atas persefaman Umno dan Pas itu. Orang Melayu khasnya dan
umat Islam penasaran dengan kerjasama seperti itu yang sudah terlambat 50
tahun.
Tetapi kerana persefahaman itu bukan dibangunkan dengan nawaitu
baik, usia MN tidak begitu panjang. Kejayaan dan bukti keampuhan tidak dapat
dibuktikan seperti diidamkan. Hanya ia terbukti dengan kemenangan beberapa
kerusi dalam pilihan raya kcil (Pirake) sahaja. Sesungguhnya hasil itu
membimbangkan pembangkang (PH).
Keampuhan dan kepaduan taawun itu tidak berpanjangan. MN
diganggu oleh Mahiaddin Yassin dan Azmin Ali yang keduanya
melakukan pengkhianatan kepada parti masing-masing. Mahiaddiin membawa
keluar Bersatu meninggalkan PH manakala Azmin menarik 10 orang
ahli Parlimen Keadilan merupakan pengikutnya termasuk Jaafar
Kamaruddin untuk bergabung bersama Mahiaddin. Keduanya memanggil pula
Umno dan Pas, maka jatuhkan kerajaan PH.
Kewujudan kerajaan PN yang dimonitor Mahiddin inilah menyebabkan
MN berkucar Wak Yeh sehingga berlaku pula perpecahan dalam Pas seperti apa yang
sedang terjadi kini. Dari rentetan itu semua dapat difahami bahawa kuasa,
kedudukan dan pangkat menjadi punca perpecahan dalam Pas. Sebab itu dinamakan
perpecahan dalam Pas waktu ini sebagai perang ghanimah.
Kesempatan menjadi sebahagian kerajaan PN kemudian disambung
dengan kerajaan Mail Beranoko lah meletuskan perang. Kalau tanpa kerajaan PN
perang ghanimah tidak akan berlaku kerana jika tidak ada kerajaan maka
"ghanimah" tidak akan ada. Rupa-rupa perjuangan orang Pas yang
melaung soal agama, reda dan demi agama palsu semata-mata. Species mereka lebih
kurang sahaja dengan perjuangan parti-parti lain.
Dari satu sisi kerjasama Pas dengan Umno walaupun membimbangkan
PH, tetapi ia menguntungkan PH dari segi hisab dan sains politiknya. Itulah
kalau sesuatu itu tidak dibangunkan atas nawaitu tulus dan ikhlas dan berlandaskan
kebendaan.
Lumrah manusia tidak mudah tertahan dengan dugaan kebendaan.
Tembelang Pas juga mula pecah apabila lebih rapat dan akrab dengan Bersatu
berbanding dengan Umno. Mereka mula perlahan-lahan melupai sumpah dan ikrar
untuk bersama Umno dalam MN dan juga mengencin piagam MN yang mereka tanda
tangani.
Jabatan salam dan air mata yang tumps diatas karpet jijik Umno
di PWTC kering dan hamis. Pas lebih rapat dengan Bersatu.
Ada sebab dan alasan kukuh yang tidak dapat difahami oleh umum
kenapa Pas rapat dengan Beratu, khasnya Mahaiddin bukan dengan Umno, khsusnya
(Zahid dan Najib). Ia bukan soal jawatan dan ghanimah semata-mata tetapi
kepercayaan dan sejarah. Pas sebenarnya bimbang dengan Umno ayng selalu
memperdayakannya. Peristiwa tahun 1974, amat lekat di sanubari orang Pas.
Adapun Bersatu dan Mahiaddin belum berdosa kepadanya. Bahkan
mereka menganggap Mahiaddin sebagai melaikat membawa rahmat buat Pas.
Tanpa Mahiaddin mungkin Pas tidak memilik empat orang menteridan lima timbalan
menteri serta karung ghanimah yang