Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama
dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu
pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Parlimen.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi
menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.
Langkah itu menyusul selepas Ketua Pembangkang dan Presiden PKR
itu telah mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat berkenaan perkara
itu baru-baru ini.
“Sehubungan itu, SPRM
juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama sekiranya beliau mempunyai
maklumat lanjut tentang isu tersebut,” kata agensi antirasuah itu dalam satu
kenyataan malam ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan hari ini
mengesahkan, Polis Diraja Malaysia telah menerima empat laporan polis terhadap
isu Pandora Papers itu mengenai dakwaan wang Malaysia ke luar negara sacara
haram.
“Manakala PDRM telah pun membuka kertas
siasatan bagi dua lagi laporan polis dan menjalankan rakaman percakapan pengadu
yang membuat laporan polis mendesak siasatan dalam kes ini,” ujar Abd Jalil.
Terdahulu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini juga mempertikaikan SPRM yang didakwanya tidak mahu menjalankan siasatan dalam kes Pandora Papers.- MG.