“Saya ikut kenyataan Perdana Menteri mengenai integrity, transparency, semua dalam ucapan yang cukup hebat dirangka. Tetapi bila minta soal integriti, dicampak pula ke Bakul sampah,” kata Anwar.
Rakyat kelaparan, ada yang mengangkat bendera putih. Purata 5,811 kes hilang pekerjaan setiap bulan. Bilangan kes bunuh diri meningkat. Lebih 100,000 syarikat kecil dan sederhana gulung tikar. Semua gara-gara pandemik COVID-19.