Buku kecil terbitan GERAK98 setahun lalu bertajuk ‘ Melawan Elit yang Membelit Umat’ terpapar ayat Al Quran dihalaman pertama buku itu yang membawa maksud,
*Jangan kamu biarkan harta itu berlegar-legar dikalangan orang-orang kaya (pembesar) dikalangan kamu sahaja*
Ayat ke 7 dari Surah ke 59 Al Hasyr itu jelas merupakan satu larangan keras dari Maha Pencipta kita terhadap pembesar-pembesar,orang-orang kaya agar tidak membolot harta dikalangan mereka sahaja.
Pandora Papers yang ditampilkan kepada umum beberapa hari lalu jelas mempaparkan kebejatan orang-orang besar, orang-orang kaya yang secara jelas telah diperingatkan oleh Allah swt dalam kitab suci Al Quranul Karim.
Didalam buku yang sama, saya sebagai penulisnya memuatnaik sebagai mukadimah buku itu sebuah hadis Rasulullah saw riwayat Termidzi yang juga jelas relevan dengan kebejatan yang ditampilkan dalam Pandora Papers.
Hadis itu berbunyi *Setiap ummat ada cabarannya dan cabaran bagi ummat ku adalah harta*.Kebetulan saya terjumpa hadis ini semasa didalam penjara dibawah OSA kerana membongkar dokumen rahsia rasuah menteri2 di zaman PM ke 4.
AL Quran dan Hadis Nabi, 2 sumber terpenting agama telah memberikan peringatan dan amaran jelas kepada kita khususnya kepada pembesar-penbesar dan orang-orang kaya tetapi Pandora Papers membuktikan mereka tetap melakukannya!
Lebih malang, antara pelaku-pelaku utamanya terdiri daripada orang Islam itu sendiri daripada pembesar yang berdarjat Raja hingga kepada pembesar kalangan ahli-ahli politik yang tidak berdarjat dan keparat.
Dan lebih lebih malang lagi, umat Islam dimana Al Quran dan Hadis diturun dan diwariskan kepada mereka mengambil sikap sambil lewa terhadap kebejatan yang jelas dinyatakan oleh Al Quran dan Hadis dan kebejatan yang sudah terbukti berlaku di depan mata dengan pendedahan Pandora Papers!
Dalam konteks Malaysia, kebejatan yang dimurkai Allah swt dan dibenci Nabi saw ini sudah lama jelas terpampang sebelum pendedahan Pandora Papers.
Apakah kita selama ini tidak tahu kehidupan dan kemewahan pembesar2 kita selama ini?
Perlumbaan membeli mahligai paling besar di kota2 besar dunia spt London itu sudah berlaku bertahun2 khususnya sejak negara ini mula mendapat hasil minyak akhir 70an,awal 80an.
Malah tahun2 kebelakangan ini kisah paling hebat didunia adalah kisah pembesar2 melayu yang ditampikan ke mahkamah dengan kes2 yang melibatkan wang rakyat dan negara berbilion dollar.Jumlah yang mengejutkan bukan sahaja Malaysia tetapi dunia!
Dunia juga tahu selain pembesar negara Afrika yang terkenal meratah harta negara yang miskin berbelanja besar di Kota London, pembesar2 Melayu tidak kurang hebatnya.
Mahligai2 besar,kereta2 besar – paling mahal didunia dimiliki oleh pembesar2 melayu ini bersepah di kota-kota besar dunia London,Paris,New York,Sydney,Melbourne.
Dalam keriuhan Pandora Papers ini ada pembesar2,mantan-mantan PM,Menteri mendabik dada nama mereka tiada seolah-olah mereka bersih!Walhal kita tahu berapa banyak mahligai dan kereta mewah mereka atau anak2 miliki di kota2 besar dunia bertahun-tahun sebelum ini!
Kepada Pembesar2 negara ini tidakkah kamu malu pada bangsa kamu?Dan soalan lebih penting tidakkah kamu malu pada pencipta kamu dan nabi kamu?
Pembesar2 ini bukan sahaja sering ke tanah suci tapi berpeluang masuk Kaabah, ziarah dalam makam Nabi!Tidakkah sedikitpun kamu merasa malu kepada Tuhan dan Nabi?!
Kepada rakyat,orang2 kecil seperi kita, jangan hanya melihat dan melopong.Bangkit dan lawan mereka!GERAK98 telah terbitkan buku ‘MELAWAN ELIT MEMBELIT UMAT’ setahun lalu,lama sebelum Pandora Papers kerana kita sedar kebejatan pembesar2 bangsa dan negara ini sudah sampai ke tahap rosak dan merosakkan!
Kita mesti lawan mereka kalau kita mahu pastikan negara kita tidak hancur dengan kerakusan mereka, anak cucu kita masih ada bahagian untuk kehidupan mereka dan paling penting kita mesti lawan mereka kerana ianya tuntutan pencipta kita, Surah Hud, ayat 116, Allah swt berfirman:
*Tidak ada yang melawan kejahatan melainkan sedikit sahaja,iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan diantara mereka.Dan orang2 yang tidak melawan dan melarang itu telah menitikberatkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa*
Mohamad Ezam Mohd Nor
9 Oktober 2021, 2 Rabiul Awwal 1443H