MASIH belum tersebar dan diuar-uarkan tetapi maklumat ini dipercayai sudah berkisar dan berjalan secara senyap dan sedang dipertutur dan dianalisakan. Sudah tebtu ia tersebar dalam grup-grup WhatsAap siasah.
Dua hari lepas saya dikirimkan dengan satu prinskrin status seseorang daripada Twitter memberi tahu Mohamad Azmin Ali bersama 12 orang ahli parlimen PKR yang dibawa lari menyertai Bersatu akan mengisytiharkan pembentukan sebuah parti baharu?
Saya membalas kiriman itu dengan menjawab dan menyoal; “ini cerita apa, rasanya palsu?” Pengirim berkenaan diam dan seakan bersetuju dengan andaian saya itu. Palsu.
Saya tidak fiki Azmin mempunyai kemampuan dan pengaruh besar sehingga untuk membentuk sebuah parti politik baru. Azmin bukan Anwar Ibrahim, walaupun beliau adalah tokoh kanan dan berpotensi menggantikan Anwar dalam Keadilan, tetapi potensi itu bukan dari luar Keadilan. Jika Azmin masih kekal bersama Keadilan kemungkinan itu ada.
Azmin membesar dan belajar “kevariasian politik” pun daripada Anwar Ibrahim. Azmin kena ikut belakang Anwar bukan berada di hadapan.
Apa lagi Azmin tidak memiliki idealisme perjuangan yang jelas. Azmin tidak mempunyai political will dalam politik sejak awal seperti Anwar. Beliau kosong dengan wawasan dan kering dengan gagasan. Beliau hanya bertenggek atas minda Anwar sahaja, menjadi juru laung Reformasi. Azmin menjadi gah kerana menumpang Anwar.
Peluangnya bersama Anwar semasa menjadi Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kemudian timbalan presiden Keadilan, dicuri dan dipelajari ilmu siasah Anwar gunakan untuk menjana politik dirinya. Azmin bisa dalam hal eksploitasian ini.
Namun Azmin belum cukup kapasiti dan kekuatan untuk berada setanding dengan Anwar. Ketohohan dan track recordnya sebagai pejuang bangsa dan pembela rakyat belum terserlah. Kesempatannya menjadi MB Selangor seketika dahulu tidak memberi apa-apa impak kepada rakyat dari sudut perjuangannya. Jasa besarnya dalam politik hanya meruntuhkan kerajaan PH. “Jasa” itu tidak menjadikan beliau dihormati dan disanjung tetapi dibenci dan dicemuh.
Justeru itu, jauh bezanya Azmin dengan Anwar untuk mempeloporkan sebuah parti baharu. Berbeza dengan Anwar beliau menyediakan dirinya sejak zaman remaja lagi hingga ke zaman belia, pemuda Umno sebelum berada di takah seperti hari ini dihormati dan dikenali seantero dunia.
Atas alasan itu saya tidak menganggap berita atau maklumat itu sebagai benar dan lebih merupakan provokasi untuk mengganggu emosi orang-orang tertentu sahaja. Atau satu gimmik bagi mengusik keselesaan Ismail Sabri Yaakob yang jadi PM kini. Tidak munasabah.
Walaupun begitu tidak dinafikan, Azmin kini ada kekangan sendiri dalam politik peribadinya setelah meninggalkan Keadilan. Azmin kini dalam dilema akibat perbuatan dan tindakannya juga. Saham dirinya merosot. Walaupun beliau kini dilantik menjadi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), tetapi posisi itu tidak membawanya ke mana. Posisi itu tidak menjamin masa depan lebih cemerlang. Pesaingnya untuk naik ke atas juga makin mencabar. Beliau terpaksa berdepan dengan banyak pesaing.
Kedudukannya kini hanya tidak lebih sebagai tukang laung untuk menunjukkan kerajaan PN hebat dan kuat. Kalau dahulu tukang laung Reformasi, kini tukang laung untuk mengukuhkan Bersatu.
Selain itu kalau ada kemungkinan itu kerana Azmin berasa kurang senang dengan parti barunya kini lantas akan berfikir untuk menubuhkan parti, apabila beliau tidak diberi kesempatan dan kepercayaan baik oleh Mahiaddin Yassin. Tidak dapat dinafikan, cita-cita besar Azmin ialah untuk menjadi timbalan perdana menteri. Kelambatan untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diteruskan oleh Ismail Sabri mengecewakannya.
Azmin terdesak memerlukan jawatan itu. Dengan jawatan itu beliau akan meletakkan dirinya sama hebat dengan bekas bosnya Anwar Ibrahim. Tetapi kepercayaan tidak diberikan menyebabkan Azmin “kepapahan” kini. Ismail Sabri Yaakob yang menjadi PM kini sama sekali tidak akan sedia memberikan tempat itu kepada Azmin. Perlu diingat Ismail Sabri Umno manakala Azmin Bersatu. Umno dan Bersatu sedang bertarung kini. Atas perbezaan itu tidak mudah untuk Azmin dilantik sebagai TPM.
Kekecewaan itulah memungkin Azmin berfikir mencari jalan dan cara baharu untuk beliau meletakkan price tag mahal kepada dirinya. Bertolak dari situasi itu ada kemunasabahan kalau Azmin sedang membuat pelan baru termasuk menubuh parti baru seperti diura-urakan itu. Yang tidak munasabah boleh jadi munasabah dalam politik.
Maklumat lain.
Kebetulan, setelah menerima maklumat itu, pagi ini saya menerima satu maklumat lain, memberi tahu ada parti baharu akan diumumkan penubuhannya dalam tempoh sehari dua ini. Biarlah saya tidak sebut dahulu nama parti itu. Yang jelasnya ia tidak membabitkan Azmin secara langsung. Bagaimana pun orang disebut terbabit dengn parti baru adalah orang kanan Azmin, bukan Jaaffar Kamaruddin tetapi orang lain. Orang menjadi sang setia kepada Azmin.
Sekiranya ia benar, saya yakin Jaafar Kamaruddin akan ikut sama dan mungkin kepakarannya sebagai “Setiausaha Agung” akan dipergunakan sekali lagi. Jaafar akan menjadi SUA.
Maklumat itu memberi tahu parti itu akan seratai BN? Apabila dikatakan akan sertai BN, ini bermakna parti itu akan menjadi tongkat dan serandang kepada BN? Sementara kenapa ia ditubuhkan kerana ramai ahli Keadilan yang menjadi pengikut Azmin tidak diterima sebagai ahli oleh Bersatu. Maka sebagai alternatif ditubuh parti baharu untuk memastikan pengikutnya dalam Keadilan dulu kekal bersamanya.
Keperluan parti itu untuk menyokong BN amnya dan mempertahankan kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. Apakah parti itu akan diterima masuk BN seperti diangan-angankan ia juga menjadi persoalan, kerana maksud penubuhan parti itu tidak atas kehendak BN, tetapi kehendak sesetengah orang. Khabarnya orang dekat dengan Ismail Sabri menjadi operatornya.
Sekiranya BN tidak sedia menerima parti baru itu, mungkin ia boleh mengubah haluan menyokong PN apa lagi sekiranya benar parti itu akan disertai oleh sang setia Azmin. Tunggu.
Sumber | MSO Melayu