NAJIB YANG DITUDUH DENGAN PULUH TUDUHAN SAMUN DUIT PUN DISAMBUT? APA PUNYA TERUK LA KORANG

 Panas! Netizen bengang program Najib di Melaka langgar SOP


Netizen bengang program Najib di Melaka langgar SOP


Najib bertemu dengan penyokong yang rata-ratanya mengabaikan SOP di Masjid Tanah, Melaka pada 23 Oktober, 2021.

Vaksinasi lengkap dan mempunyai pengaruh politik bukan alasan untuk mengabaikan pematuhan SOP.

Najib dengan semua dalam dewan tu memang degil langsung tak peduli SOP. KJ dah pesan ahli politik pun kena ikut SOP.



Parti politik bakal berdepan dengan kekangan sepanjang kempen PRN Melaka selepas pengumuman larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial.

Bagaimanapun, langkah diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dialukan-alukan orang ramai di Melaka kerana ia dapat mengekang daripada tercetusnya penularan Covid-19 yang baharu sama seperti episod selepas PRN Sabah.

Pekerja swasta Saadiah Ismail, 36, dari Klebang berkata SOP yang lebih ketat itu penting, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat akan terus terjamin.

Kita dapat melihat melalui media massa, di video dan gambar bagaimana sesaknya di sesuatu tempat apabila pemimpin politik turun padang, jentera parti yang terlibat juga bukan kumpulan yang kecil dan mereka datang dari dalam dan luar Melaka.

Sekarang dah jelas parti politik mana yang langgar SOP tu. Kalau kes meningkat boleh lah cam muka-muka akak-akak terhoyong hayang dalam dewan tu. Sedih.