MEDIA ISLAMNYA MANA PULAK ? YANG SELALU CARI TAPI ERROR404 TU KAH MEDIA ISLAM? ATAU BAYAR KE KEPALA MEDIA SARAWAK REPORT AKIBAT KALAH ATAU MAKAN GAJI BUTA TU PUN HARAM JUGA...

 


Pas dakwa ada pihak sedia berbelanja besar jadi dalang kepada media musuh Islam


Pas mendakwa terdapat pihak yang bersedia untuk berbelanja besar dan menjadi dalang kepada media musuh Islam yang semakin canggih meredah langit terbuka tanpa sempadan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihak terbabit sama ada terdiri daripada kalangan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), sehinggalah pihak kedutaan asing yang bersedia memberikan bayaran yang paling mahal.

“Malah, terdapat ramai dalam kalangan yang bersedia menjadi alat atau tentera upahan semata-mata untuk mencari makan tanpa mempunyai wawasan yang sebenar.

“Akhirnya, ia menjadi perniagaan yang menghasilkan harta haram yang dimasukkan ke dalam jasad diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian menerusi Minda Presiden Pas yang dimuatnaik di Facebook rasminya pagi tadi.

Duta Khas ke Timur Tengah berkenaan berkata, media musuh Islam pada masa sekarang menjadi senjata yang paling penting kepada syaitan-syaitan yang berkeliaran untuk menggoda manusia dengan kata-kata yang indah dan menarik.

“Tujuan mereka supaya masyarakat terpesong daripada Islam dengan dilakukan pelbagai uslub dan pendekatan yang halus lagi beracun.

“Antaranya, disuntik racun ke dalam pemikiran mereka yang tidak mempunyai kematangan berfikir bersama petunjuk Allah SWT dan tidak mempunyai ketahanan jati diri beriman dan berakhlak termasuklah dalam kalangan mereka yang merasakan dirinya sangat bijak, tetapi bersifat takabur seperti Iblis,” tegasnya.

Sehubungan itu, Hadi menyifatkan golongan tersebut tidak layak mendapat hidayah Allah walaupun sebenarnya bijak.

“Apatah lagi dalam kalangan mereka itu sebenarnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil),” tambahnya lagi.