.
Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu mendakwa, tokoh
utama yang berusaha agar kerajaan membuat keputusan untuk menyelamatkan Tabung
Haji pada tahun 2019 adalah Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.
Ketika
memberikan ceramahnya di Kelantan malam tadi, bekas
Menteri Pertahanan dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan itu berkata, orang
yang selalu dikutuk oleh Pas dan Umno iaitu Lim Guan Eng lah pihak yang
mencadangkan agar Tabung Haji di selamatkan.
Ini
adalah kerana badan umat Islam itu mempunyai harta yang melebihi RM80 bilion
dan jika ia jatuh akan menjatuhkan rating negara ini di mata dunia.
“Jika tidak diselamatkan
dan jatuh, ia akan menjejaskan rating negara. Sebab itu beliau berhujjah agar
Tabung Haji diselamatkan.
“Atas pandangan itulah,
maka Kabinet ketika itu membuat keputusan untuk selamatkan Tabung Haji dengan
menyuntik berbelas bilion ke dalam Tabung Haji,” kata Mohamad Sabu.
Selain Mohamad, turut
serta dalam ceramah malam tadi adalah Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, tokoh
veteran AMANAH Kelantan.
Ketua Audit Negara dalam
laporannya baru-baru ini telah mengesahkan usaha yang dibuat untuk
menyelamatkan Tabung Haji pada tahun 2019 itu dan tidak ada sebarang salah laku
di buat dalam usaha itu.
DASUKI PERLU MINTA
MAAF
Namun, katanya, apa yang
berlaku di luar kerajaan adalah sebaliknya pada masa itu.
“Apa yang berlaku di
luar adalah Pas dan Umno kempen habis-habisan kata Tabung Haji dijual kepada
Cina.
“Ustaz-ustaz yang kempen
secara terang-terang burukkan Tabung Haji.
“Saya sebut disini,
Ustaz Dasuki (bekas calon Pas) perlu mohon maaf yang kata habis dah harta
Tabung Haji dijual kepada Cina dan kafir.
“Serangan yang mereka
buat di PRK Cameron Highland dan paling hebat di Semenyih dan juga di Tanjung
Piai.
“Kerajaan sudah dijual
kepada Cina, DAP sudah kuasa kerajaan, Islam terancam.
“Mulut-mulut pemimpin
Pas biadab dan bercakap tanpa bukti. Bercakap dengan sebegitu rupa dan terus
menyerang sehinggalah wakil-wakil rakyat khasnya yang Melayu rasa tergoda dan
terpanggil untuk menyelamatkan Malaysia dari dikuasai oeh Cina dan Islam
terancam,” katanya.
Ekoran itu, katanya,
berlakulah peristiwa Sheraton yang akhirnya tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan
atas slogan untuk tubuhkan kerajaan Melayu Islam.
MAHIADDIN AJAK BENTUK
KERAJAAN MELAYU ISLAM
Menurut Mohamad, beliau
dan AMANAH sendiri telah dihubungi oleh Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar
menyertai kerajaan beliau.
“Dalam pertemuan dengan
kita, dia pujuk kita sertainya untuk tubuhkan kerajaan Melayu Islam,” kata
Mohamad.
Pas pula, katanya,
berkempen memburukkan kerajaan termasuk berkata kononnya Adib, pegawai bomba
dibunuh dalam tragedi di Pucong.
“Termasuklah MP Rantau
Panjang yang kempen kononnya Adib dibunuh tanpa dibela. Dia berkata demikian di
puncak kuasa iaitu di Parlimen.
“Ini kata-kata mereka,
ketika kita kata perkara ini sedang disiasat oleh polis dan sedang dikaji untuk
diambil tindakan, mereka tak kesah,” kata Mohamad.
Dalam kes judi pula,
kata Mohamad, DAP yang memperjuangkan sosialis demokrat yang sifatnya anti
judi.
“Sebab itu, kerajaan
Pulau Pinang menolak judi bola walaupun ada negeri lain yang terima.
“Lim Guan Eng selaku
Menteri Kewangan ketika itu turunkan cabutan khas judi dari 22 kali kepada
lapan kali.
“Tetapi mereka tak
kesah. Pas dakwa kerajaan ini anti Islam, Islam sudah tak selamat dan perlu
dijatuhkan.
“Sekarang mereka sedang
terkial-kial. Isu Adib nak ditutup. Kenapa nak ditutup. Ustazah Zailah, kamu
bercakap di Parlimen, sekarang kamu ada dalam kerajaan, kenapa tutup isu Adib,
mana pembunuhnya.
“Kamu kata dahulu, ini
adalah perancangan untuk bunuh pegawai Melayu, dedahkanlah sekarang,” kata
Mohamad.
PEMIMPIN PAS HIPOKRIT
Bagi beliau, pemimpin Pas adalah hipokrit.
“Kamu cakap soal judi,
sekarang judi dinaikkan dari lapan kali kepada 22, kau diam.
“Sedangkan, Timbalan
Presiden Pas, YB Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ni kata, kami yang boleh
tentukan kerajaan. Kalau kami tarik, kerajaan jatuh, kalau kami sokong kerajaan
naik.
“Kamu menyokong kerajaan
ini yang menyebabkan isu Adib boleh ditutup, kamu bertanggungjawab dalam
kenaikan judi.
“Sebab itu sekarang ini
Pas malu.Orang bukan Islam bukan panggil Oktoberfest, mereka memanggil Oktober
Pas,” kata Mohamad dalam ceramah itu.
Sehubungan itu, beliau
meminta Pas berhenti dari menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka
sendiri.
“Lebai-lebai hentikanlah
dari menjual agama ini. Kembalilah kepada mendaulatkan Islam yang rahmatan lil
alami.
“Usahakanlah hidupkan
akhlak Islam seperti yang dilaksanakan di New Zealand, Norway dan Finland.
“Al Quran diturunkan di
Mekah dan Madinah tetapi sebahagian besar akhlaknya dilaksanakan di Jepun bukan
di Kelantan,” kata beliau.
Sehubungan dengan itu,
Mohamad yang pernah dua penggal menjadi wakil rakyat di Kelantan akan berusaha
untuk memastikan Pas yang hipokrit dan berjuang untuk kepentingan diri sendiri
ini ditolak rakyat.
“Mereka menipu kamu.
Bukan menegakkan keadilan tetapi untuk diri mereka sendiri.
“Ya saya akan datang berulang kali. Saya dua penggal wakil nrakyat di Kelantan. Saya dan rakan-rakan lain akan datang kagi untuk menumbangkan kerajaan Pas yang hipokrit dan berbohong kepada rakyat ini,” kata beliau.