Laporan Khas | Sindiket lombong emas haram curi hasil negara



Selepas berpuluh tahun menjarah hasil negara, akhirnya kegiatan sindiket melombong emas secara haram di Lahad Datu terbongkar. Dipercayai aktif sejak 1990 an lagi, sindiket itu menjalankan kegiatan berkenaan di kawasan hulu Sungai Bole, yang terletak dalam Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum, Lahad Datu.