KESIAN ADIB
Kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk menyiasat secara menyeluruh kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kasim tiga tahun lepas. Adib terbunuh dalam satu kejadian kekecohan di sebuah kuil Hindu pada 27 November 2018.
Kematian Adib sewaktu menjalankan tugas untuk memadam kebakaran dan kekecohan di Kuil Hindu itu menggemparkan dan telah dijadikan isu perkauman.
Apa menyebabkan isu Adib ini menarik perhatian umum kerana beliau dimasukkan ke dalam wad selama 21 hari dan meninggal dunia di wad IJN.
Siasatan telah dibuat dan menjadi kontroversi. Hasil siasatan menunjukkan Adib dipukul, dan ada juga mengatakan ia dilanggar kenderaan Bomba.
Dalam inkues dibuat, didapati ada kekejaman terhadap Adib. Setelah tiga tahun kematian dan telah dua perdana menteri bertukar, kes Adib masih belum diselesaikan lagi. Kenapa? Apakah perlu Malaysia bertukar sampai lima PM baru kasus ini selesai.
Sebuah parti politik yang kini jadi suku daripada kerajaan beriya-iya menuntut kematian Adib dibela dan mereka bertanggungjawab menyebabkan kematian dihukum. Sampai terik urat semereh wakil parti itu bertempik di Parlimen bela Adib. Alih-alih selepas parti itu jadi kerajaan tuntutan itu ghaib ke dalam laut Cina Selatan.
Lupa dan tidak tahu pula saya apakah wakil parti itu masih ada atau sudah tiada.
Hendaknya jawatankuasa khas ditubuh itu tidak bersifat politik dan melepas batuk di tangga, tetapi hendaklah dapat menuntaskan kes yang sudah berlarutan ini. Tidak baik jadikan isu kematian sesiapa jua sebagai isu politik. Trims.
27 November 2018.