Kerajaan Melaka tumbang susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan (UMNO Pantai Kundor); Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU -Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman.
Dalam masa PAKATAN HARAPAN kecoh tentang keabsahan keputusan Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka, sayup-sayup kedengaran suara Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek mengecam mereka yang melompat parti sehingga Kerajaan Melaka tumbang.