ISHAM JALIL CUBA KELENTONG ISU AIR SELANGOR

 

Roshan.


Wahai saudara Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor. Rasanya saudara ni perlu belajar sejarah berkenaan struktur industri air Selangor sebelum 2008. Sebelum 2008 terdapat 3 syarikat yng berperanan sebagai perawat air iaitu ABBAS, Puncak Niaga dan Splash. Manakala agihan air dipertanggungjawabkan kepada Syabas. Kesemua entiti2 di atas adalah berorientasikan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada kebajikan pengguna air. Air merupakan nadi kehidupan yang dikurniakan Allah, dijadikan komoditi komersial semenjak 1994 oleh kerajaan Negeri ketika itu. Rasanya saudara amat arif berkenaan siapa yang memegang tampuk kerajaan negeri ketika itu. 


Maka pada 2008 ketika berlaku peralihan kerajaan maka PR yang memenagi PRU 12, telah mengorak langkah untuk mengembalikan hak asasi rakyat iaitu air. Ditawarkan kepada syarikat2 di atas laba dan wang bedasarkan bermacam2 asas penilaian yang mana saudara patut maklum bedasarkan kelulusan saudara. Kecuali jika saudara pemalas nk ingat balik apa yang dipelajari. Almaklum dah jadi politikus. http://dewan.selangor.gov.my/question/masalah-pengambilan-syarikat-air-di-selangor/


Dalam bab penyelengaraan, pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air sila rujuk balik laporan berita dan mohon saudara berfikir sejenak, patut ke bekalan air diterukan dalam keadaan aset hampir rosot dan rosak akibat kegagalan konsensi 3 syarikat menyelenggara aset2 air Selangor. Bab pencemaran ia merupakan tanggungjawab Pusat dan ia benar berlaku bkn alasan. Sedih bila orang belajar tinngi sampai luar negara tak faham perkara ini.


Jika saudara berpendapat yang cara nak menyelesaikan masaalah air di Selangor ini adalah dengan menukar kerajaan, rasanya elok fikir dua kali. Bwh Umno BN air dijadikan komoditi komersial dan tarif yang menjerut rakyat mungkin dikenakan sepertimana perjanjian konsesis asal semasa 1994. Masaalah air di tempat lain rasanya lagi serius. 


https://www.satuwater.com.my/index.php/ms/pages/notis


Jadi nasihat saya yang kurang bijak ini adalah, elok Saudara cuba nasihatkan negeri lain yang juga tak henti2 bermasaalah bekalan airnya, dari sibuk nak mengajar kami di Selangor cara memilih kerajaan negeri. Kerana kami berpuas hati dengan pentadbiran sekarang yang ada kelemahanya, tetapi sentiasa memastikan kebajikan rakyat terjaga. Untuk pengetahuan saudara ramai tengah marah sekarang dgn kerajaan Selangor. Marah kerana terlalu banyak air dah ditakung, tapi rupanya belum sempat nak digunakan air paip dh mengalir semula hasil kecekapan Air Selangor. Satu lagi nasihat. Kalau nk memenangi hati rakyat Selangor usah dimarah penyokong PH kerana kami juga pengundi dan kami majoriti. Mungkin jugak yang atas pagar yang bakal menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan Negeri. Belajarlah berjiwa besar dan cuba menangi hati semua pihak. Saudara orang bijak lulusan luar negara. Jgn malukan taraf saudara.