Umno tidak perlu memperbodohkan rakyat. Isu Pulau Batu Puteh ini isu di zaman kerajaan mereka. Kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibawa ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda pada tahun 2007.
Tahun 2007 itu kerajaan siapa yang memerintah? Kemudian, keputusan kes tersebut diputuskan pada tahun 2008. Kita kalah perbicaraan hanya kerana kita tiada bukti atau dokumen hitam putih yang membuktikan Pulau Batu Putih itu milik kita. Dikhabarkan dokumen itu 'hilang'. Kes tersebut dimenangi oleh Singapura kerana negara tersebut berjaya membuktikan selama ini negara tersebut telah menjaga dan memelihara pulau tersebut.
Sewaktu keputusan kes tersebut diputuskan pada tahun 2008, kerajaan waktu itu siapa? Kerajaan PH kah? Apa kata menteri undang2 waktu itu, Rais Yatim? Dia kata keputusan itu merupakan keputusan 'menang2' buat Malaysia. Rais Yatim waktu itu menteri kerajaan PH kah? Dokumen penting yang dikatakan 'hilang' itu di bawah tanggungjawab siapa ? Kerajaan PH kah?
Di antara tahun 2007 dan 2008, dan sepanjang tahun sehingga Mei 2018, kerajaan siapa yang memerintah? Kerajaan PH mulai memerintah pada Mei 2018. Hampir 10 tahun selepas keputusan kes dibuat, siapa kerajaan ketika itu? Mengapa sepanjang tempuh tersebut kamu tidak bercakap tentang Pulau Batu Putih?
Kerajaan PH ambil alih negara pada mei 2018, dan memerintah 22 bulan sebelum dikhianati. Kalau selama 10 tahun kamu gagal berbuat apa2 terhadap Pulau Batu Putih, kamu mahu salahkan kerajaan PH yang memerintah hanya 22 bulan?
Hakikatnya, Umno ingin perbodohkan rakyat dengan memainkan isu ini untuk menunjukkan kononnya Umno lah pejuang Pulau Batu Putih. Mereka telah kehabisan idea untuk memburukkan imej PH. Mereka mahu sembunyikan banyak kegagalan Umno sewaktu menjadi kerajaan. Itu saja.
WFAUZDIN NS