HALIM RAHMAN
1. Isu Kabotaj.
Polisi ini asalnya membenarkan kapal asing untuk baiki kabel bawah laut dalam perairan Malaysia, tapi polisi ni dibatalkan oleh Menteri Wee Ka Siong.
Kiranya Wee Ka Siong ni nak hanya kapal yang berdaftar kat Malaysia ja boleh baiki kabel bawah laut. Dalam erti kata lain nak jaga syarikat perkapalan tempatan.
Tapi disebabkan Malaysia tahap kepakaran rendah menyebabkan masa yang diambil untuk baiki kabel tu bertambah dua kali ganda sebelum polisi kabotaj ni diperkenalkan.
Benda ni menyebabkan syarikat teknologi gergasi macam Google, Facebook dan Apple hantar surat berkali-kali kepada Malaysia supaya polisi ni dimansuhkan.
Mereka taknak kalau jadi apa-apa, masa yang diambil akan jadi lama untuk buat pembaikan kabel bawah laut. Tapi kerajaan Malaysia masih buat keras kepala.
Akhirnya syarikat-syarikat ini mula alihkan tumpuan pelaburan mereka ke negara jiran iaitu Singapura
2. Isu Internet Protocol (IP) TM Unifi yang ditukar daripada IP awam ke IP peribadi.
TM mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah mengubah IP pengguna Pakej Unifi 30, 50 dan 100 mbps kepada peribadi. Penukaran ini secara berperingkat dan dijangka selesai tahun depan.
Alasan yang TM bagi adalah untuk keselamatan pengguna (which is memang kita tahu agak bullshit)
Ada beberapa aspek yang akan terjejas dengan penukaran ini.
a. Permainan Online akan bertukar dari NAT 2 kepada NAT 3.
Kesan dia memang banyak features online gaming terjejas. Contohnya macam nak masuk server susah dan online voice chat jadi gila babi payah.
Kemungkinan pemain sukar untuk akses game yang ada server yang besar.
Pemain tak boleh lagi jadi 'host' kepada server. Ibarat kata contohnya macam Arma kemungkinan pengguna Unifi tak leh jadi host kepada server.
b. Gajet yang bukan cloud base akan terjejas.
Mungkin korang ada guna CCTV yang bukan cloud base kan ?
CCTV tu korang sambung dengan wifi lepastu korang boleh tengok atau stream secara langsung dengan handphone kan?
Dengan penukaran IP ni features ni akan terjejas, korang dh takleh nak guna features ni.
Benda ni buatkan aku teringin YB Gobind pegang balik jadi menteri. Zaman dia lah internet TM jadi murah yang mana TM memang kena push kaw-kaw untuk naikkan kelajuan dan turunkan harga. Ni menteri baru si Wee Ka Siong sampai kena label sebagai menteri dengan IQ kobis oleh Pengarah MDEC. Ikutlah labu, sibuk sangat nak tunjuk pandai sampai tech company luar pun serabut nak melabur kat Malaysia ni.