Beliau berkata laporan dibuat bagi meminta pihak SPRM menyiasat ketulusan pemberian konsesi penambakan laut yang dikhabarkan didalangi oleh seorang individu yang disyaki telah menerima habuan bagi mempengaruhi Kerajaan negeri Melaka untuk menganugerahkan projek penambakan tersebut.
“Siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan nama baik umno dapat diselamatkan sebelum individu tersebut dinamakan sebagai calon pilihan raya yang boleh merosakkan nama baik UMNO dan menjejaskan peluang kemenangan calon-calon umno lain yang bersih.