APA ALASAN PAS APABILA GAGAL LAKSANAKAN MENIFESTO DAN JANJI ?

 ALASAN LEBAI




Malaysian Islamic Party - Wikipedia



Apa alasan Pas bila gagal laksanakan apa yang mereka laungkan sewaktu mereka jadi pembangkang?
Alasan mereka, Pas tidak berkuasa penuh di Pusat. Waktu kerajaan PH berkuasa dulu, mereka hentam Dap dan Amanah. Apakah Dap atau Amanah berkuasa penuh di Pusat?
Alasan Pas lagi, jumlah Menteri Pas dalam kabinet tidak majoriti, maka Pas tidak mampu buat apa2. Waktu kerajaan PH dulu, adakah Dap atau Amanah majoriti dalam kabinet? Mengapa kamu hentam?
Meskipun Dap tidak majoriti dalam kabinet kerajaan PH, namun menteri Dap, Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan berjaya kurangkan cabutan judi dari 22 kali sewaktu Najib jadi PM, PH turunkan sehingga hanya 8 kali sahaja. Malangnya, sewaktu kerajaan tebuk atap PN bersama Pas jadi kerajaan, menteri kewangannya Melayu Islam telah menaikkan kembali cabutan judi dari 8 kali balik semula kepada 22 kali. Tanpa majoriti pun, Dap masih berani buat keputusan tersebut. Pas buat apa?
Jelas, Pas hanya mahu jadi menteri dan walaun terus tertipu!!
WFAUZDIN NS