ANTARA BERBOHONG MEMBOHONG DAN DIBOHONG

 



[Antara Berbohong, Membohong dan Dibohong]
1. Kata Pegawai Khas Menteri (PKM) semua benda boleh selesai dengan rundingan dan perbincangan mesra.
2. Cuma bagi saya walaupun rundingan dengan Dong Zong dah dibuat dengan menteri yang menjadi majikan beliau, ada 2 lagi perkara yang belum selesai.
3. PKM pernah menulis bahawa Dong Zong ini pertubuhan rasis cina. Tiba-tiba menterinya semalam menafikannya dalam sidang media. Saya nak tanya PKM ini, siapa yang betul dalam isu ini?
4. Perkara kedua, PKM kata Dong Zong menentang habis-habisan. Menterinya pula kata Dong Zong hanya menentang perlaksanaan bukannya menentang Jawi.
5. PKM pernah menyelar mufti kerana berbohong dalam kuliah agama. Ini menunjukkan beliau sangat benci pembohongan. Maka izinkan saya bertanya, menyatakan Dong Zong sebagai kumpulan rasis cina yang dibuat oleh beliau sebelum ini bohong atau tidak? Jika tidak bohong, adalah menteri majikan beliau pula berbohong bila menafikan sifat rasisme Dong Zong?
6. Dakwaan beliau bahawa Dong Zong menentang habis-habisan Jawi sebelum ini bohong atau tidak? Jika tidak, adakah menteri beliau yang mengatakan Dong Zong hanya menentang perlaksanaan itu pula berbohong?
7. Ataupun mungkin juga kedua-dua kalian yang telah dibohong oleh Dong Zong?
8. Jangan ingat dengan berjumpa dan berbincang mesra semalam semua benda dah selesai. Ada benda yang rakyat nampak makin keliru dan kusut. Itu belum lagi isu Zakir Naik dan Trangender yang mana pertemuan dengan menteri sudah dibuat tetapi apa penyelesaiannya? Isu itu makin berlarutan.
9. Saya harapkan penjelasan dari beliau bagi 2 isu yang belum selesai ini.
Dr Rozaimi Ramle