ADAKAH KES KEMATIAN AKIBAT COVID DIMANIPULASIKAN ?

 May be an image of 1 person and text that says "theSun 16h theSundaily DAP veteran Lim Kit Siang today pointed out that CovidNow website reported 42 deaths yesterday but the worldometer website said there were 222 deaths. #theSun #thesundaily #Coviddeaths #KhairyJamaluddin #LimKitSiang #MinistryofHealth #worldmeter #COVIDNOW THESUNDAILY.MY Khairy asked to explain difference in reported number of Covid deaths"


Memutar-belitkan fakta sehingga Malaysia jadi satu-satunya negara yang tak punya kesan sampingan kesan akibat sudah menjadi biasa. Tapi kini ada pula tuduhan yang mengatakan ada laporan yang tidak tepat berkenaan kes kematian akibat Covid-19 pula.

Menurut Lim Kit Siang, dalam laman CovidNow, hanya 42 kematian dilaporkan termasuk BID. Tapi di laman Worldmeter, 222 kematian pula. Apa cerita? Takkanlah sampai jumlah kematian pun nak menipu? Kalau betul, teruk sangatlah kerajaan ini.

Penting untuk KJ jelaskan. Jika alasannya kesilapan teknikal, kita mahu tahu siapa orang yang buat silap itu. Jangan ikut sedap mulut saja kata kesilapan teknikal sebab nak tutup cubaan menipu yang gagal.

Jika Worldmeter yang salah, apa tindakan kerajaan? Takkan nak didiamkan saja sebab ia menjejaskan nama negara. Dan Worldmeter pun mesti dapat data dari KKM juga jadi siapa yang mahu sabotaj negara dengan berikan info salah? Menteri mesti jelaskan hal ini.

Kalau betullah kerajaan sanggup menipu sampai ke tahap ini, memang amat malanglah nasib rakyat Malaysia.