UMNO BERTANDING KERUSI TRADISI -ORANG MUDA YANG BIJAK SUDAH TAHU SIAPA ITU PAS..CUMA YANG KURANG CERDIK SAHAJA MASIH LAGI MEMUJANYA

 


Muktamad! Pas kempunan, Umno akan tanding semua kerusi tradisi



Muktamad! Pas kempunan, Umno akan tanding semua kerusi tradisi



Mengakui bahawa keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kebebasan akan diberi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri adalah tepat waalaupun mengikut cara politik Malaysia.

Sejujurnya, Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin tidak pernah terbayang keadaan di mana pemimpin tertingginya memimpin parti tetapi tidak menguasai Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, era ideal di mana pemimpin UMNO bukan sahaja memimpin parti tetapi turut menguasai kerajaan telah berakhir.

UMNO bagaimanapun katanya, akan menghormati perbezaan ini, tetapi memberi amaran tindakan kerajaan itu tidak bercanggah dengan kepentingan parti.

“… UMNO akan mendukung Kerajaan selagi mana pendirian Kerajaan itu mengangkat kepentingan dan kebaikan umum serta tidak bercanggah dengan aspirasi parti,”tulisnya di facebook.

Tetapi beliau memahami pejalanan pemerintahan ini akan menyaksikan akan ada perbezaan pendirian antara UMNO dan kerajaan. Maka beliau akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri untuk membuat keputusan.

Tetapi dalam nada sedikit amaran, Khaled menegaskan dalam soal parti jangan sesiapa cuba mencampuri bidang tugas Presiden.

Khaled menetapkan tiga tugasan yang tidak boleh dicampuri adalah
pertama, Presiden dan Majlis Tertinggi akan menguruskan parti sebaiknya dan menjalankan segala tugas seperti yang diperlukan.
Kedua, ia akan menetapkan pendirian parti dalam pelbagai isu dan Kerajaan bebas untuk menerimanya atau tidak.

Ketiga, parti akan menjadi wadah semak dan imbang yang berprinsip serta menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk membantu kerajaan.

Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor bersetuju dengan Zahid Hamidi bahawa cara terbaik untuk mengatasi kejanggalan ini adalah dengan mengadakan pilihan raya umum.

“Mengikut kenyataan Presiden, ia mesti diadakan sebaik sahaja Malaysia memasuki fasa endemik dan apabila kadar vaksinasi telah mencapai keadaan wajar dan munasabah untuk melakukan pilihan raya umum dengan selamat,”katanya dengan memberi input bahawa setakat ini lebih 80 negara telah melaksanakan piliha raya semasa pandemik dan Malaysia tidak boleh terkecuali.

Akhirya ujar Khaled lagi, apabila tiba pilihan raya segala persediaan seperti penentuan kerusi, manifesto dan pemilihan calon adalah hak parti tanpa ada campurtangan mana-mana pihak.

Apa yang jelas, kata Khaled, Presiden memberi komitmen bahawa parti akan menggunakan segala masa yang berbaki untuk menyediakan diri menghadapi PRU.

“Ia akan cuba menang di semua kerusi tradisinya. Kerusi UMNO yang ditandingi dalam PRU-14 akan terus menjadi kerusi UMNO untuk PRU-15. Ini adalah perkara yang jelas. Tiada kompromi tentang perkara tersebut,”katanya.