BOB KELANANG
Satu persoalan yang boleh kita fikirkan bersama adalah apakah
pendekatan untuk guru tak vaksin... adakah kita nak biarkan sahaja mereka
langsung tak mengajar secara bersemuka? Adakah kita mahu membiarkan mereka
mengendalikan hanya PdPR walaupun Covid-19 nih dah jadi "endemic"...
Atau kita bagi option kepada mereka untuk meninggalkan
perkhidmatan perguruan?
Banyak sebenarnya yang kita kena lihat, kaji dan semak...
keputusan tuntas kita kena buat...
Beberapa hari lalu Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan
(Page) menggesa kerajaan mempertimbangkan tawaran skim pemisahan sukarela (VSS)
untuk guru-guru yang menolak vaksin tanpa alasan munasabah.
malaysiakini.com
Buka sekolah: Apa pendekatan untuk guru tak vaksin, tanya PIBGN
“Kita khuatir walaupun sedikit bilangannya tapi kadang-kadang perkara yang berbahaya berpunca daripada yang sedikit bilangannya itu,” kata Mohamad Ali.