RASUAH TAK KENAL SIAPA -HATTA ORANG AGAMA???

 




ZUWAIRI MOHD YUSOF

Data kematian backlog ni menjadi satu bukti yang ringkas dan mudah, bahawa kerajaan PN-BN sebelum ini memang menipu rakyat Malaysia mengenai data Covid-19.Entah apa lagi yang di tipu dan di rahsiakan oleh kerajaan PN-BN dan PAS pula berada dalam kerajaan yang menipu rakyatnya.Bukankah terdapat hadith Nabi yang kata tidak akan sesekali masuk syurga seorang pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya?

Teringat jugak tok guru mengajar dulu:

"antara orang awam menipu dengan ulama menipu, ulama menipu masuk neraka dulu".

Bukan aku kata, tok guru yang kata.

Apa sangatlah kuota masjid tu ada khas untuk VIP dan rakyat biasa sedangkan undang-undang pun ada khas kuota untuk VIP.Tengok undang2 SOP sebelum ni.Menteri langgar SO relaks je.Ada yang tak kena dakwa langsung.Kalau kena denda pun dengan nilai yang rendah.Kalau rakyat langgar SOP siap tangkap dan berkas macam penjenayah berat lagi.Begitulah amalan undang-undang di zaman undang-undang ketika PAS jadi kerajaan.Pastu nak harap puak ni laksanakan Hudud pula? Hanya rakyat mencuri sahaja yang akan di potong tangan sahaja nanti.Kalau lebai mencuri pula kena takzir hukuman paling ringan sekali.

Baru jadi Imam yang di bayar gaji oleh duit pembayar cukai rakyat sudah angkuh.Cepat koyak pula tu.Biasa perangai macam ni mesti dari parti lebai PAS pis pus.Cuba jual tiket masuk masjid macam jual tiket masuk wayang Insya Allah kerajaan ISMAIL BUFFALO/KERBAU akan segera umum kapasiti masjid lebih 50%.Kejadah apa nak suruh orang minta redho dari WALAUN PAS macam engkau? Isu solat Jumaat pun Menteri,Timbalan Menteri Agama PAS gagal selesaikan walaupun mudah ja kesnya apelagi nak setel isu lebih besar macam RUU355,JUDI,ARAK,ADIB,DONG ZONG,UEC lagilah ruyup basah lencun.

Exco PAS Terengganu kata kerajaan negeri bersedia untuk laksana hudud dan qisas sepenuhnya jika RUU355 dipinda.

Hebat

...! Pada masa yang sama,MB umum 8 syarikat kerajaan negeri bakal di tutup kerana rugi semenjak 2016. Hah sudah...! Macam mana nak buat hudud kalau rakyat jadi miskin? Sedangkan kemiskinan antara punca:

- murtad kerana putus asa dengan Tuhan.

- orang muda berzina kerana tak mampu berkahwin.

- wanita menjual diri untuk sara hidup.

- minum arak untuk hilangkan stress.

- bunuh orang lain untuk ambil harta.

- mencuri / merompak untuk makan.

Kemiskinan kerana tiada atau tidak cukup pendapatan mendorong orang ramai melakukan pelbagai jenayah di bawah kategori hudud.

Sanggup potong tangan orang miskin? Sanggup rejam pemuda penzina kerana tak mampu kahwin, atau wanita penjual diri untuk cari pendapatan? (Heh... Nanti ada lebai tanya, hang tak yakin dengan hukum tuhan ke? Hang setujulah wanita jual diri cari pendapatan...?) Jika sanggup silakan cuma satu perkara nak di peringat.Islam dan hudud bukan hak milik kerajaan Terengganu.Orang Islam tak akan biarkan Terengganu menghitamkan wajah hudud dan Islam kerana kejahilan pemimpinnya.Faham?

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government