PERINGATAN BUAT AKU DAN RAKYAT MALAYSIA :BUKAN TENTANG AGAMA DAN BUKAN LAWAN ULAMA..TETAPI MENENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN AGAMA DALAM ARENA BERPOLITIK

 

Jamzuri Ardani


Bila kita lawan PAS, itu bukan bermakna kita lawan Islam.  PAS hanya sebuah parti politik yang bersaing untuk merebut kuasa, sama macam parti-parti politik yang lain. 


Bila kita hentam pimpinan PAS, itu bukan bermakna kita hentam ulamak. Ramai ulamak lain yang bercakap tentang Islam tanpa ada kepentingan kepartian yang dihormati. 


Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu tu pun lulusan dalam bidang agama dari Universiti Malaya.  Dia juga anak kepada seorang ulamak besar. PAS hentam dia semacam jugak dulu. Dia kena hentam bukan sebab dia lulusan agama, tapi sebab dia berada dalam medan politik kepartian.


Jadi bila ada lebai PAS yang mengaku ulamak (walaupun sebar hadith palsu dalam ceramah) buat saranan supaya jauhi golongan yang caci maki ulamak, sedangkan dia juga banyak buat fitnah, bohong,  dan mencerca orang lain ... sahlah dia memang penonggang agama.