Bagi aku, kalimah “pemantapan” jarang diguna dalam polisi pentadbiran negara peringkat tinggi terutama sebuah kementerian. Bukan isu salah atau betul, tapi istilah itu agak longgar dan leweh.
Ya, aku tahulah lima “pemantapan” itu ada huraiannya. Itu cuma asas. Aku pun kerap terlibat dlm perbincangan merangka visi, misi, objektif, strategi organisasi. Tahu jugalah sikit sebanyak.
Misalnya pemantapan mental, jasmani dan rohani, apa dia? Pemantapan sistem pendidikan Islam, apa tu? Kenyataan sebegitu sangat longgar, leweh, tak jelas, sangat asas, terlalu umum, kabur …
Idea menteri agama ini tak masak. Rasanya bukan terhasil daripada sesi brainstorming yang mantap dan jitu. Mungkin idea spontan daripada menteri kerana tekanan 100 hari daripada PM.
Semasa PH, menterinya meletak teras dan hala tuju yang jelas iaitu Rahmatan Lil Alamin. Maksudnya, sebarang polisi dan aktiviti mesti bertolak, berjalan dan mencapai maksud teras tadi.
Menteri agama baru buat Inisiatif Mantap? Apa benda tu? Tak ada nilai falsafah, tak ada tapak berpijak, tak ada landasan, tak ada hala tuju. Macam moto kem motivasi remaja lepasan SPM.
“Lima pemantapan” itu tidak menggambarkan “falsafah” pentadbiran sebuah kementerian. Kelima-limanya mirip garis panduan berbentuk motivasi kerja atau aktiviti untuk sebuah persatuan khairat kematian saja.
Seharusnya menteri menggarap sebuah idea yang lebih besar. Bukan sekadar sebut pemantapan itu dan ini. Apa kayu ukur mantap itu? Bagi aku, idea menteri itu lebih berorientasikan aktiviti, bukan polisi.
Sebuah kementerian mestilah menjadi perangka polisi, bukan pemeriah aktiviti. Apa polisi memperkasa mahkamah syariah? Apa polisi berkaitan institusi wakaf? Banyak lagi kalau nak tulis. RUU 355 macam mana? Malas nak tulis dah. Buat habih karan ja…!
Sumber | Facebook Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi