NAK MENGEJUTKAN APA...AWAK FITNAH ORANG DAN INI ADALAH PEMBALSANNYA...SAMA JUGA DENGAN PARA LEBI...ADAKAH AHLI MEREKA BEGITU BODOH UNTUK MEMPERCAYAI LAGI ?

 Panas! Papagomo dedah cerita kenapa dia digantung keahlian Umno, memang mengejutkan

Panas! Papagomo dedah cerita kenapa dia digantung keahlian Umno, memang mengejutkan

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata dia digantung keahlian daripada Umno kerana mengkritik tindakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya ‘bermasalah’ dan membelakangkan parti.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, kritikan itu terutamanya berkaitan dakwaan bahawa Ahmad Zahid menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan.

“Saya buat kritikan kepada presiden saya, yang mana saya melihat presiden memang bermasalah dan menjejaskan parti tapi akhirnya saya diambil tindakan.

“Jadi, bagaimana dengan presiden yang membelakangkan parti, membuat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hantar sokongan kepada Istana Negara, dengan rakaman telefon antara dia dan Anwar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Papagomo berkata, dia pernah diberi amaran oleh Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi sekiranya dia masih berkeras, parti akan mengambil tindakan terhadapnya.

“Dr Asyraf minta saya sokong presiden parti. Saya cakap, macam mana saya nak sokong kalau presiden ada buat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membelakangkan parti?

“Kalau presiden tak jujur pada parti, macam mana saya ni nak sokong presiden. Dr Asyraf tekan untuk minta sokong Zahid Hamidi. Katanya, Datuk Zahid berjiwa besar.

“Saya cakap, kalau Datuk Zahid berjiwa besar, dia perlu berundur. Sebab ini soal imej parti, bukan soal individu.

“Ini kepentingan parti dan rakyat, dalam keadaan hari ini Umno terpalit dengan tindakan yang presiden buat dan saya maklumkan saya tidak akan sokong benda yang salah,” katanya.

Jelas Papagomo, tindakannya itu juga berasaskan seruan yang dibuat Asyraf sebelum ini, yang mana ketua pemuda itu menuntut sayap Pemuda menjadi ‘parti dalam parti’.

“Dr Asyraf cakap Pemuda kena jadi parti dalam parti, kemudian kena berani kritik pemimpin, yang mana kes skandal ini kena berundur.

“Jadi, saya peganglah kenyataan Dr Asyraf sewaktu perhimpunan Agung Umno 2018 lalu Itu kenyataan yang dia buat sendiri dalam AGM Umno,” katanya.

Namun menurutnya, perkara sebaliknya pula berlaku apabila dia digantung ekoran kritikan terhadap Zahid.

Sebelum ini bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendedahkan surat Umno yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Surat berkenaan didakwa ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Spekulasi kerjasama antara dua parti itu semakin kukuh setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Ahmad Zahid.

Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan Ahmad Zahid semasa perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan ketulenan audio berkenaan namun tiada laporan polis dibuat oleh mereka.

“Dr Asyraf kata nak buat laporan polis, namun sehingga hari ini pun tidak buatnya,” tambah Papagomo.

Umno memang nak gantung saya’

Mengulas lanjut, Papagomo berkata, tindakan Umno menggantung keahliannya tanpa memanggilnya untuk membela diri jelas menunjukkan parti itu memang mahu menggantungnya.

“Saya tak akan merayu walaupun ada yang suruh saya merayu, sebab saya nak merayu macam mana? Saya dipanggil Lembaga Disiplin pun tidak untuk bela diri.

“Tahu-tahu saja keluar keputusan (penggantungan keahlian).

“Iyalah, ikut Perlembagaan Umno memanglah MKT putuskan tapi kalau pemimpin yang ada hari ini macam (presiden) Dr Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi (tidak memanggilnya) bela diri dulu apalah maknanya?”

“Kita bercakap soal rakyat, nak perjuangkan rakyat tapi benda-benda parti ini tak panggil bela diri. Panggillah bela diri dulu, kemudian buatlah keputusan.

“Ini keputusan dibuat tanpa bela diri. Jadi, tak perlulah untuk saya merayu. Sebab, nampak sangatlah memang nak gantung saya,” katanya.

Terdahulu, Umno menggantung keahlian Papagomo selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti bermula 27 Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 1 September dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ahmad berkata Majli Teringgi Umno mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan

parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti