MENGAPA NEGARA BUKAN ISLAM LEBIH EFEKTIF...

 Kredit to Norman Radzuan 


Pemimpin Islam kita ini pemalas dan tidak bijak


MENGAPA NEGARA BUKAN ISLAM LEBIH EFEKTIF...


Saya tidak nampak Islam akn dimartabatkan di negara ini. 5 hari PAS akn mengubah UMNO satu bahan jenaka. Apa yg saya lihat UMNO yg berjaya mengubah PAS.


Pagi ini saya ingin mengajak rakan2 berbicara isu mengapa dlm sebuah negara yg kononnya dipimpin oleh gabungan 'Melayu Islam' tetapi sukar mereka melakukan perubahan yg lebih Islamik. Apa halangan mereka?


Ia byk berkait rapat dgn sikap org Melayu dan bukannya salah agama Islam kerana agama ini sempurna. Jika kita melempar batu ke langit dan ia jatuh kembali ia adalah hukum Allah. Jika kita tidak belajar kita akn jadi bodoh itu juga hukum Allah. Begitulah bila kita memilih pemimpin.


Rasulullah saw telah mengingatkan kita 1400 tahun dahulu, jika memilih pemimpin...sesebuah urusan bukan dari ahlinya maka tunggulah kehancuran dan kekacauan. Lalu kerja2 mereka tidak akan dpt dibuat dgn baik dan amanah.


Dahulu kerajaan pernah melantik Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin. Tan Siew Sin adalah individu yg meminta UMNO menerima kaum bukan bumiputra sebagai warga negara. 


Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan kerana kebolehan dlm kewangan. Ia tidak menjadi masalah kerana ketika itu UMNO tidak rasis. Tapi skg kerana UMNO dan PAS begitu kuat memainkan isu bangsa dan agama..LGE tidak diterima sama sekali sebagai Menteri Kewangan bukan kerana kegagalan beliau menguruskan kewangan tetapi kerana dia Cina Dap.


Maka dilantiklah TS Muhyiddin bekas PM yg gagal utk menjadi Ketua MKN. Muhyiddin dipilih bukan kerana ketokohannya tetapi kerana dia Melayu dan kepentingan politik. 


Disebabkan itu kenapa kita kebelakang dari negara bukan Islam. Kita pilih pemimpin hanya kerana bangsanya tapi bukan ketokohannya. 


Mahu adakan solat Jumaat itu sebenarnya mudah. Bukannya seperti  mencipta roket ke bulan. Jika Mufti setiap negeri bijak dan proaktif sudah lama Masjid di seluruh negara kita boleh adakan 3 sesi utk solat Jumaat. 


Tapi kerana sikap org Melayu 'talk only no action', lembab dan selain birokrasi yg sgt bodoh maka ramailah org Melayu gagal solat Jumaat. Takkan soal ini pun nak salahkan DapšŸ¤£


Utk mengadakan 3 sesi solat Jumaat jgn terkejut mereka perlu mengadakan 2-3 jam meeting. Saya pernah bekerja dgn tauke Cina secara 'part time', berbeza sungguh cara mereka dgn org2 Melayu. Cina meeting 30 minit terus ada keputusan. 


Dgn org Melayu apa2 isu pun meeting kena berkali kali dan mesti ada teh dan kuih muih serta bee hoon. Habis meeting kena tunggu Pengarah utk maklumkan kpd Menteri, Menteri pula akn maklumkan kpd Perdana Menteri. 


PM akn bersama jamaah Menteri berbincang mengenainya utk beberapa mesyuarat jamaah Menteri. Berbulan utk buat keputusan yg sebenarnya level Tok Siak pun boleh uruskan.


Begitulah soal pakaian. Sudah puas saya menulis mengenainya. Pernah saya beritahu pakaian Nurse dan anggota polis kita sehingga awal 90an masih lagi seksi. Ia adalah uniform peninggalan British yg dipakai Salmah (Saloma) dlm filem Pendekar Bujang Lapok.


Kita tertanya tanya adakah begitu sukar ketika di era 60an, 70an, 80 an dan 90 an kerajaan utk menukarkan uniform yg lebih Islamik. 


Begitu juga pemakaian 'wig putih' (rambut palsu) Hakim. Rasanya sehingga era 80an masih ada juga hakim memakai wig tersebut iaitu tradisi hakim yg dipakai penjajah.


Asal Wig tersebut bukanlah berasal dari British tetapi dari Perancis. Ia mula dipakai oleh Raja Louis XIII yg mempunyai penyakit keturunan sehingga terpaksa membotakkan rambut. 


Beliau selalu diejek oleh Raja Inggeris lalu dia menggunakan wig badass utk mengelakkan dari terus diejek. Tapi kita pakai tanpa sebab...apa org putih buat kita main ikut seperti lembu yg dicucuk hidung.


Kita bukan setakat patut malu dgn Singapura yg dikuasai pemimpin Cina tetapi kita juga patut malu kpd England, Scotland dan New Zealand. Negara yg dianggap kafir oleh org Melayu tetapi tanpa sebarang masalah mereka membenarkan polis wanita Islam mereka bertudung.


Jadi apa masalah sebenarnya negara kita yg rata2 kononnya pemimpin pejuang bangsa dan agama utk membenarkan pramugari yg ingin bertudung berbuat demikian. 


Saya ulang kembali pemimpin kita sebenarnya pemalas, lembab, tidak bijak/tidak proaktif. Mereka hanya rajin atau proaktif projek yg boleh makan komisen.


BAHAYA IEKTRIMIS ISLAM 


Agama Islam telah byk dicemarkan oleh ektrimis2 agama di seluruh dunia. Kalau di negara kita diniagakan ayat2 Quran utk kuasa politik dan di luar negara ia lebih tragis. 


Betapa bahaya jika kita memainkan sentimen agama kpd masyarakat hanya utk kepentingan politik oleh parti politik atau organisasi2 tertentu. Dgn agama org pandai pun boleh jadi bodoh... apatah yg di luar bandar sana.


Saya beri contoh berlaku pengembom berani mati di luar negara yg dikaitka dgn umat Islam. Adakah mereka yg berbuat demikian dianggap bunuh diri? Jawapannya tidak....mereka itu dipanggil pengebom berani mati kerana sudah tentu ada sebab pengembom itu berani utk mati.


Kenapa dia berani mati? Kerana keyakinannya dari guru2nya yg memesongkan pemikirannya bahawa apa yg disuruh oleh gurunya itu satu jihad yg akn dibalas syahid. 


Akhirnya ramai yg manusia yg tidak berdosa menjadi mangsa dan lebih mendukacitakan agama Islam ini difitnah hanya kerana ketaksuban kpd guru yg tidak benar membawa agama ini mengikut Sunnah yg sebenarnya.


Byk ajaran2 ekstrimis dari organisasi2 mengajar tentang kafir yg perlu diperangani. Sdgkan kafir itu ada byk tingkatannya. Ada kafir yg boleh diperangi tetapi jgn lupa ada kafir yg perlu dlindungi. 


Berbalik kpd isu negara. Dlm politik isu agama dan bangsa begitu kuat dimainkan oleh beberapa parti politik dgn niat hanya utk kepentingan politik semata mata. Saya sgt kesian puluhan ribu mereka yg berkumpul di Padang Merbok...ia satu tragedi yg memalukan buat umat Islam.


Di Malaysia ini pelik kerana kebanyakkan parti2 yg wujud adalah parti bersifat perkauman. UMNO, PAS, Bersatu, Pejuang, Amanah secara umumnya dilihat sebagai parti Melayu. MCA, DAP dan Gerakan dilihat sebagai parti org Cina.


MIC dan IPF dilihat sebagai parti org India. Parti Sarawak dan Sabah melihatkan parti mereka utk rakyat negeri dan bangsa tertentu. Hanya Keadilan dilihat sebagai parti berbilang kaum dan agama.


Jadi sb itulah di negara kita, kempen pilhanraya parti Melayu berkempen jika tidak mengundi mereka musnahlah org Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula ada parti berkata jgn pilih parti Malaya nanti akn dijajah semula.


Ia tidak langsung mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab org2 politik dlm mendidik rakyat. Sikap mereka tak ubah seperti penjajah Inggeris yg suka rakyat terus bodoh.


Sdgkan negara di seluruh dunia hampir semuanya bercerita soal ekonomi, dasar luar negara, peluang pekerjaan, pelaburan, pembangunan...kita masih bercerita tentang kaum, agama dan kenegerian dlm kempen pilihanraya..retorik dan melucukan. 


Pemimpin politik tetap memainkan isu ini kerana mereka tahu bangsa Melayu ini pemikiran mereka sempit dan sgt mudah diperbodohkan. Isu bangsa lebih laris dari isu rasuah.


Sebenarnya pemimpin2 politik kita pun terkejut rakyat boleh percayakan mereka walaupun pelbagai kes mahkamah melibat wang ratusan juta hingga berbillion ringgit.