ADUAN TANAH RANCANGAN KELOMPOK KAT DUN JENDERAK "TIBA-TIBA" BERTUKAR JADI LADANG MUSANG KING DAN KELAPA SAWIT!
======================================
[ Lokasi Di Kawasan Kg Paya Luas, Kuala Krau ]
----------------------------------------------------------------------------
Aduan penduduk berkaitan permohona tanah kelompok (RTK) untuk projek padang ragut yg sudah disokong dan diangkat ke atas, tiba-tiba brrtukar menjadi ladang Musang King, Kelapa Sawit. Ini mengejutkan pada penduduk yang sudah menrintis tanah tersebut sejak tahun 70 an lagi. Mereka keliru, bagaimana permohonan yang sudah diberi perhatian oleh pemimpin setempat, tiba-tiba kini diusahakan oleh orang luar untuk tanaman musang king, kelapa sawit.
Aduan telah banyak kali dibuat kepada pihak berkuasa yang berkenaan, namun hingga kini masih tiada tindakan. Malah kawasan ladang musang king dan kelapa sawit seluas 500 ekar kini semakin rancak diusahakan tanpa rasa bersalah kepada penduduk kampung terbabit.
Isu telah diangkat hingga ke Putrajaya, namun ternyata suara rakyat tidak didengari mereka yang berkempentingan. Difahamkan ladang musang king diusahakan oleh pemaju dari Segamat, Johor dengan menyewa tanah itu daripada pihak yang mengaut keuntungan.
Kami terpaksa mengangkat isu rakyat ini agar diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Apakah mahu melihat isu ceroboh tanah musang king di Raub berlaku pula di kawasan lain? Jangan sampai pokok sudah membesar dan membuah hasil barulah mahu bertindak. Inilah yang telah terjadi di Raub, 40 tahun dahulu semua pihak biarkan. Kini barulah masing-masing tayang muka konon prihatin dan bertanggungjawab.
Justeru, bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku lagi untuk 40 tahun akan datamg maka diharapkan tindakan tegas diambil segera oleh pihak berkuasa bagi menangani kes ini. Usah hanya bercakap untuk ambil tindakan tegas tp hakikatnya pencerobohan terus berleluasa yg akhirnya merugikan kerajaan sendiri. Mohon pihak berkuasa segera turunke padang untuk memantau perkara ini. Laporan lanjut akan menyusul secara lebih eksklusif lagi selepas ini. Selamatkan tanah kerajaan dari diceroboh.