Pekerja Sub Kon Ambil Mudah, Buang Sampah Ke Dalam Parit
Saliran.
Saya dapat tangkap 2 orang pekerja sub kontraktor yang membuang
bungkusan sampah ke dalam parit saliran.
Bila ditanya, pekerja Bangla ini bagi tahu, mereka bekerja
dengan DBI (sub kontraktor kepada syarikat pembersihan) yang dilantik pihak
DBI. Alasan yang diberi, tiada lori yang angkut sampah. Tiada sebarang kompromi
jika jelas melakukan kesalahan terutamanya pembuangan sampah ke dalam parit
atau anak sungai yang boleh mengganggu kelancaran aliran air.
Saya amat berharap pihak PBT dapat memantau kualiti kerja pihak
kontraktor pembersihan yang dilantik.
Saya tidak berniat untuk menyalahkan pihak DBI kerana ini diluar
kawalan mereka tetapi sikap ambil mudah syarikat tersebut menyebabkan usaha DBI
dalam memastikan kebersihan alam sekitar terjaga akan terjejas dan berharap
perkara ini tidak berulang.
Lokasi : Jalan Tambun berhampiran Shell & Tanah Perkuburan
Kristian yang kerap berlaku banjir kilat.