Kerajaan hari ini mengumumkan setuju untuk memberikan dos ketiga
vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan akan
diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.
Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang
daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja
atau tinggal di pusat jangka panjang.
Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat
selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.
"Dos
ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko
tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu
selepas dos kedua.
"Untuk
itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan
pelaksanaan pemberian dos ketiga ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara
itu menurut Ismail Sabri juga mengumumkan peruntukan lebih RM471.6 juta bagi
bantuan kepada golongan B40 melalui Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC).
Kata
ahli parlimen Bera itu bantuan tersebut dibuat antara lain bagi meringankan
beban kewangan perbelanjaan isi rumah mereka, selain melatih diri membudayakan
norma baru, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan
virus Covid-19.
Sehubungan
itu, katanya, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi:
·
Pek pelitup muka guna semula
(empat keping setiap keluarga);
·
Kit ujian kendiri Covid-19 (4
kit setiap keluarga);
·
1 pulse oximeter;
·
1 termometer; serta
·
Risalah panduan penggunaan dan
info kesihatan.
Kata
Ismail Sabri pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan
Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.
"Mereka
ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau
tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,"
katanya.
Kata
Ismail Sabri inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang
3.6 juta keluarga B40.
Sama
seperti pemberian dos ketiga vaksin Covid-19, perdana menteri berkata butiran
lanjut PPC akan diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak lama lagi.