KENAPA TAKUT SANGAT NAK SIASAT MAHATHIR WALAU ADA DAKWAAN ....SEBAB ITU ANWAR SUKAR KERANA ADA INSAN YANG TAKUT TAK DAPAT LABA....

 


Muhyiddin ‘amat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee




Maszlee Malik berkata keputusannya terhadap kontrak kontroversi YTL menjadi satu daripada sebab mengapa beliau perlu meletak jawatan sebagai menteri.

PETALING JAYA: Maszlee Malik mendakwa Muhyiddin Yassin mendesak Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sebagai menteri pendidikan kerana isu kontrak membabitkan YTL Communications Sdn Bhd.

Dalam buku terbaharunya “Memori Bukan Memoir”, Maszlee berkata beliau dipanggil sebanyak lima kali untuk bertemu Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu, mengenai perkara terbabit.

Daripada dua pertemuan itu, kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan turut bersamanya menjelaskan keputusan untuk tidak menyambung kontrak YTL sebagai penyedia khidmat untuk projek 1BestariNet, yang dimulakan Muhyiddin pada 2011 ketika menjadi menteri pendidikan.

“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM-7 (Mahathir) untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1BestariNet, atau lebih khusus, kontrak kontroversi YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan KPM yang penuh kontroversi.

“Saya tidak boleh katakan hal ini satu-satunya sebab, namun saya boleh katakan hal itu antara sebab perdana menteri meminta saya berbuat demikian, dan menurutnya adalah atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu (Muhyiddin).

“Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”

“Tidak lama selepas itu saya menerima kiriman emel daripada beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada saya pada Jun 2018 kepada beliau semula,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Tekanan untuk melanjutkan kontrak ‘berdasarkan kehendak YTL’

Maszlee menambah, beliau diberitahu pada setiap pertemuan bagaimana Muhyiddin mengusahakan “kontrak mega” dan mendesak Mahathir memintanya memanjangkan kontrak berdasarkan kehendak YTL, bukannya mengikut keputusan yang dibuatnya sendiri.

“Sebagai orang yang menggalas amanah berdasarkan sumpah setia yang telah diucapkan di hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika pelantikan sebagai anggota Kabinet, saya tekad untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak maupun individu.”

Maszlee dilantik ke jawatan itu menggantikan Mahathir susulan kritikan terhadapnya selaku perdana menteri itu kerana menamakan dirinya mengetuai portfolio pendidikan susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018.

Pada 2 Januari 2020, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya, dengan mengatakan bahawa telah mengembalikannya kepada Mahathir, sambil berjanji akan terus taat setia kepada pengerusi Bersatu ketika itu.

Kontrak BestariNet bernilai RM3 bilion

Fasa 1 projek mega 1BestariNet, untuk menyediakan sambungan internet dan platform pembelajaran tunggal bagi guru, pelajar dan ibu bapa, bermula pada Disember 2011 dan berlanjutan hingga Jun 2014 dengan kontrak bernilai RM1.1 bilion. “Fasa 1 Interim” diteruskan untuk dua tahun dari Jun 2014 dengan kontrak bernilai RM468 juta.

Ini kemudian berlanjutan ke Fasa 2 dengan kontrak bernilai RM1.55 bilion, dari Julai 2016 hingga Jun 2019.

Maszlee berkata, projek kontroversi yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional itu sering dikritik golongan guru yang mengadu perkhidmatan internet lembab yang hanya membebankan mereka.

Kontrak tidak dilanjutkan

Beliau juga berkata keputusan untuk tidak meneruskan kontrak YTL dibuat berdasarkan beberapa kajian mendalam yang dilakukan oleh pihak tidak berkepentingan dan profesional yang berautoriti mengenai perkara itu, termasuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Keputusan itu dibuat berdasarkan bagaimana projek itu tidak mencapai objektif dan indeks prestasi utama Putrajaya. Masalah juga meningkat mengenai penyewaan tanah untuk struktur sistem bersepadu 1BestariNet.

Mazlee berpendapat bahawa keputusan kementerian itu adalah profesional berdasarkan fakta, hujah dan perundangan, sambil menambah beliau yakin akan berpegang pada prinsipnya walaupun harga mahal yang harus beliau bayar.

“Ini ujian kecil atas pengorbanan saya semenjak hari pertama saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik.

“Apakah keputusan ini menjadi penyebab saya diminta melepaskan jawatan saya di Kementerian Pendidikan Malaysia? Wallahua’lam,” katanya.