Moga memorandum persefahaman kerajaan-pembangkang menjurus pada reformasi yang diperlukan
Bagi menyambut Hari
Malaysia pada 16 September, Aliran menganjurkan sebuah webinar berjudul “State, Society
and Economy in Transition: Whither Malaysia?”
Tujuan webinar
diadakan adalah bagi mentaksir keadaan semasa di Malaysia dan ke mana hala
tujunya dalam beberapa tahun lagi. Prema Devaraj, Khoo Ying Hooi, Terence Gomez
dan saya selaku panel, yang dimudah cara dengan baik oleh Zikri Rahman –
kesemua kami merupakan anggota Aliran.
Webinar ini dimulakan
dengan gesaan untuk merenung ke dalam diri: apakah erti menjadi rakyat Malaysia
sebenarnya ketika Hari Malaysia ini?
Identiti kebangsaan
kita sebagai warga Malaysia seringkali tidak dipedulikan. Namun, seperti yang
kita tahu, ianya sebuah identiti yang seringkali bersimpang-siur dan menandingi
antara penanda identiti lainnya seperti agama, etnik, gender serta orientasi
seksual.
Ambil contoh keputusan
mahkamah baru-baru ini yang akhirnya membenarkan kaum ibu
berkerakyatan Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asingnya untuk mempunyai
hak kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka. Sebelum keputusan yang cukup
penting ini, wanita warganegara Malaysia dilihat seperti warga ‘bawahan’ jika
dibandingkan dengan lelaki warga Malaysia. Nampaknya, tidak begitu lagi.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Maksud kewarganegaraan
serta rasa berkebangsaan seringkali berubah mengikut perubahan dan tuntutan
zaman. Perkara ini memerlukan renungan kendiri dari kita semua rakyat Malaysia.
Melihat dengan tajam
isu berkaitan identiti kebangsaan ini, kita perlu merungkai pengajaran dari
tembok etno-keagamaan yang cukup jelas berlaku di semenanjung Malaysia serta
usaha untuk memperbesar autonomi negeri yang dapat kita perhatikan di Sabah dan
Sarawak. Mudah kata, seperti apa idea kita untuk menjadi warga Malaysia campur
tangan, atau bahkan melanggar hak mereka yang tidak berkongsi idea yang sama?
Misalannya, seperti
apa seorang warga Malaysia yang percaya kepada idea bahawa Malaysia sebuah
negara Islam, manakala seorang lagi warga Malaysia merasakan negara ini sebagai
negara sekular.
READ MORE: Selamanya Malaysia - Lagu untuk
Malaysia
Samalah dengan,
bagaimana dengan seorang warga Malaysia dari Malaysia Timur yang percaya bahawa
ia adalah hak Sabah dan Sarawak untuk mengurus soal imigresen warga Malaysia
dari semenanjung, yang menampakkannya seperti negara dalam negara. Warga
Malaysia yang lain mungkin berpendapat bahawa untuk menjadi warga Malaysia adalah
untuk diperuntukkan hak untuk bergerak tanpa disekat serta untuk bermaustatin
di mana pun di dalam negara ini.
Ini merupakan beberapa
isu yang barangkali mengganggu dalam kita bergelut untuk memahami apa ertinya
menjadi warga Malaysia – sebuah maksud yang sepatutnya digagaskan pada nilai
kesetaraan, solidariti dan keadilan.
Ekonomi yang didukung
negara dapat berfungsi sebagai alat untuk memastikan kesamarataan dapat dicapai
masyarakat dengan mengecilkan jurang kelas. Jurang di antara mereka yang ada dan
tiada semakin melebar luas ketika pandemik ini akibat dari kadar penggangguran
dan penggunaan tenaga kerja tidak penuh yang semakin meningkat. Banyak
perusahaan kecil dan sederhana juga dihentikan akibat dari terkesan dengan
Covid yang menggugah ekonomi.
Terence Gomez
menyokong kuat bahawa kerajaan pusat, melalui pengawalan ratusan syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, mengatur
apa yang ditermakan sebagai ‘ekosistem kerajaan’ bagi memperkukuh ekonomi dan
menyediakan rakyat dengan jaringan sosial bagi mereka yang terkesan dengan
pandemik.
Malangnya, kerajaan
pusat, sejak bermulanya pandemik, mengeksploitasi pula ‘ekosistem’ ini sebagai
sumber kuasa naungan bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam mendakap erat
kekuasaan.
Sebuah kerajaan yang
tidak berkhidmat untuk rakyat dan hanya obses untuk mengekalkan kuasa hanya
akan mengembangkan apa yang disebut Khoo Ying Hooi sebagai “defisit
kepercayaan” kepada masyarakatnya. Rakyat akan berhenti untuk
berharap kepada kerajaan ketika waktu sukar, kerana mereka percaya bahawa ia
hanyalah radas untuk memperkaya dan memperkukuh para elit.
READ MORE: What does being a 'Malaysian Family'
mean?
Defisit kepercayaan
yang melebar terhadap kerajaan akan mengakibatkan ramai orang untuk tidak lagi
berminat dengan politik, yang barangkali mengakibatkan mereka tidak lagi
berminat untuk mengundi, jika mereka melihat tidak perbezaan yang kualitatif di
antara kerajaan dan pembangkang.
Saatnya kerajaan tidak
lagi mewakili rakyat serta menggunakan radas yang menindas bagi memeras
pembangkang, masyarakat sivil perlu ke hadapan dan mengatur gerakan bagi
memastikan kerajaan telus.
Walaupun di dalam
bahaya dan kekangan pandemik, kita melihat riak-riak penentangan terhadap
kerajaan menerusi gerakan Hartal Doktor Kontrak serta protes #Lawan di tengah
kota Kuala Lumpur. Kita memerlukan tekanan berterusan dari masyarakat sivil
kepada kerajaan bagi memastikannya bertanggungjawab terhadap tindakan dan
memberi respon kepada keperluan sosial.
Kejayaan baru-baru ini
– langkah untuk mewartakan semula
Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor serta kejayaan
tuntutan nelayan di Pulau Pinang menolak kelulusan penilaian
kesan alam sekitar melibatkan projek tambak mega – sekaligus membuktikan bahawa
gerakan masyarakat sivil yang berterusan berfungsi. Namun, perjuangan ini cukup
panjang dan sukar dan kadang, tidak pula membuahkan hasil.
Jadi, ke mana,
Malaysia kita? Sebuah memorandum persefahaman ditandatangani di antara
kerajaan dan pembangkang, yang melibatkan reformasi institusi
seperti undang-undang melibatkan lompat parti, pilihanraya semula serta had
waktu dua penggal bagi PM, nampak menjanjikan di atas kertas. Ia barangkali
akan memastikan kerajaan untuk kekal stabil – sekurang-kurangnya sehingga
pilihan raya akan datang.
Namun, adakah
memorandum persefahaman ini hanyalah sebuah gabungan mudah, yang nampaknya
seperti gencatan senjata, atau petanda wujud sebuah politik bentuk baru?
Kerajaan yang goyah dengan majoriti tipis serta tidak dijangka ini barangkali
memerlukan kerjasama bipartisan sebagai langkah penstabilan.
READ MORE: Whither Malaysia? - Poised for change
Apa pun, kita berharap
agar semua ini akan menjurus kepada reformasi yang sangat diperlukan dan
sekaligus mengecilkan jurang defisit kepercayaan rakyat.
Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
21 September 2021
Terjemahan oleh: Zikri
Rahman
Thanks for dropping
by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we
have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in
other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official
position.
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read.
But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity.
To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor
do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to
make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a
week. So please consider making a donation to
Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.