ALOR SETAR: Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan polis atas dakwaan pemindahan RM13 juta milik sebuah syarikat milik kerajaan negeri ke akaun bank Kanada atau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Ini menyusul kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa jumlah itu dipindahkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar ke akaun Bank Barclays.
“Beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. Saya memandang serius komen itu.
“Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan.
“Atau saya cabar MB mohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya pada sidang media hari ini.