Hindari ‘kluster mahkamah’!
Benarkan badan kehakiman menjalankan tugas keadilannya tanpa diganggu
Malaysia berdepan
krisis kepimpinan yang berlanjutan.
Yang mengakibatkannya
adalah mereka yang mengaku pemimpin tampaknya tidak mempunyai kompas moral.
Mereka dengan sengaja memesongkan kebenaran dan mahu kita mempercayai mereka.
Mereka sekarang mahu
kita menerima kemungkinan bahawa politikus yang mengaibkan seperti Najib Razak,
Zahid Hamidi dan beberapa yang lain yang sudah didakwa di atas beberapa
kesalahan dapat dibebaskan. Bahkan, nampaknya mereka turut berniat untuk
membawa individu yang sama kembali menduduki jawatan berpengaruh, dan dibayar
menggunakan dana awam.
Ia sesuatu yang
memalukan serta penghinaan kepada kita semua bahawa Najib, yang dijatuhkan
hukuman kerana penggubahan wang, pecah amanah serta penyalahgunaan kuasa, kini
dilaporkan sedang dipertimbangkan sebagai penasihat ekonomi kepada perdana
menteri.
Manakala, Ahmad
Maslan, yang didakwa kerana penggubahan wang serta memberi kenyataan salah
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, turut dicadangkan oleh kerajaan
dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Yang Dipertua
Dewan Rakyat.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Jawatan yang sebegitu
penting sepatutnya tidak diduduki oleh mereka yang mempunyai reputasi cukup
bermasalah, kerana ia akan mencemar imej kerajaan serta Parlimen.
Ia cukup menggusarkan,
di mana satu demi satu, kita melihat mereka yang sebahagian dari ‘kluster
mahkamah’ dilepaskan dan berkemungkinan kembali menduduki kedudukan berkuasa
dan berpengaruh dalam kerajaan.
Kami memperakui bahawa
mereka yang tertuduh berhak untuk menjalani proses serta tidak disangka terus
bersalah. Namun bagi mereka yang sedang menjalani proses pendakwaan di
mahkamah, mempunyai kes serta rayuan sepatutnya diketepikan dari
dipertimbangkan untuk menjawat kedudukan di peringkat perkhidmatan awam. Apatah
lagi, kita tidaklah kekurangan calon berwibawa atau pakar untuk mengisi jawatan
itu.
Warga awam
menjangkakan ketekunan dan kemampuan dari Pejabat Peguam Negara serta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Jika mereka yang berdepan dakwaan serta kes yang tertunggak dilepaskan dengan
mudah, keyakinan orang awam terhadap penguatkuasa akan merudum. Bagaimana kita
mahu bercakap tentang kedaulatan undang-undang jika kredibiliti terhadap
institusi dipersoalkan? Kempen kerajaan yang selama ini dijalankan melibatkan
soal integriti dan kompetensi akan hanyalah sekadar slogan kosong.
READ MORE: The Najib Razak 1MDB Trial Ep 56:
Unknown money trails
Cukuplah. Kita perlu
menghentikan sebagai kebatilan yang akan memusnahkan negara kita yang tercinta
ini.
Aliran sepakat
mengatakan tidak kepada secara percubaan campurtangan politik di dalam soal
keadilan. Kami menolak Najib Razak, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan serta mereka
yang lain di dalam ‘kluster mahkamah’ diberikan kelebihan yang tidak wajar.
Kami menolak sebarang langkah untuk melantik mereka ke jawatan berpengaruh di
dalam kerajaan selagi mana dakwaan, kes serta rayuan mereka masih berjalan.
Rakyat Malaysia
meletak kepercayaan mereka kepada badan kehakiman agar keadilan terlaksana
sepenuhnya dan mengikut lunas perundangan. Benarkan kehakiman menjalankan tugas
keadilannya tanpa diganggu.
Jawatankuasa eksekutif
Aliran
13 September 2021