GURUYAYA
#WarisanPulakMenyalakKihkihh..Selepas
Khairuddin Bersuara Bagi Pihak Mahathir (Pejuang), Kini Aziz Jamman Pulak
Bersuara Bagi Pihak Shafie (Warisan) Tidakpuashati Krn Kononnya Tidak Dibawa
Berunding Dari Awal Cuma Disaat Akhir Baru Dijemput Sebab Tu Mrk Tak Hantar
Wakil Bila Dijemput.Hakikatnya Jika Pejuang Dan Warisan Dari Awal Memberi
Sokongan Padu Pada DSAI Sudah Lama PH Ambilalih Putrajaya.Disebabkan Jadi Pak
Turut Mahathirlah Maka Warisan Wajib Dipinggirkan Terus Dari Gabungan PH.
Jangan jadikan Warisan pak turut PH, kata Azis Jamman
Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak bersama Pakatan Harapan (PH)
dalam menjayakan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau disebut juga
sebagai memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik
dengan kerajaan kerana tidak dilibatkan dari awal.
Sebaliknya, kata Ketua Wira Warisan, Mohd Azis Jamman, partinya
hanya dijemput pada peringkat akhir selepas PH dan kerajaan sudah berunding dan
mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU itu.
"Dari awal sepatutnya blok pembangkang yang ada 105 kerusi
parlimen dipanggil, kita perlu duduk berbincang sebelum jumpa perdana menteri
lagi. Kena ada keikhlasan.
"Ini tidak, selepas beberapa kali bermesyuarat (dengan wakil
kerajaan), baru kita dipanggil dan diberitahu nak buat MoU.
"Jangan jadikan kita pak turut, Presiden Warisan bukannya
'rubber stamp'," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online, hari
ini.