DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

 

DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

Baik.

Agong titah agar kurangkan kehangatan politik, semua parti perlu bersama bantu kerajaan atasi pandemik Covid, termasuk Pembangkang. Maka, PM pun mahu Pembangkang turut serta bantu mereka. PH pun akur titah Agong, sebab itu pimpinan PH hadir bertemu dengan PM. Matlamat PH untuk bertemu dengan PM bukan soal kuasa atau jawatan tetapi soal bagaimana kjaan harus bertindak untuk atasi masalah negara sekarang. Oleh sebab itulah, PH meletakkan syarat kepada kjaan jika kjaan ikhlas mahu Pembangkang bantu mereka. Syaratnya mudah, jangan ulangi kegagalan kjaan Mahiadin dan penuhi hasrat rakyat. Persoalannya, apakah dengan melantik beberapa bekas menteri dalam kerajaan gagal itu boleh membantu mengatasi masalah negara? Apakah dengan melepaskan beberapa kes mahkamah boleh mengatasi masalah negara?

Jangan mereka lupa, Agong bukan sahaja bertitah agar jangan wujudkan kehangatan politik. Baginda juga bertitah agar PM yang baru dilantik perlu absahkan sokongan terhadapnya di Parlimen yang akan bersidang beberapa hari lagi. PM mesti absahkan bahawa beliau memang memiliki 114 sokongan MP yang menyokongnya. Sukarkah untuk melakukannya?

Kuasa di tangan PM untuk melakukannya. Hanya kekuatan dan keberanian politik sahaja boleh membantu beliau. Jika tidak, tiada bezanya beliau dengan kerajaan Mahiadin yang gagal itu.

WFAUZDIN NS