Bila Mufti Mengajar Untuk Khianat

 



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


DrMAZA.com menulis supaya TunM supaya mencari redha Allah dalam menamakan pengganti, secara tak langsungnya DrMaza merujuk DSAI sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri yang seterusnya. TunM dilantik sebagai PM atas konsensus PH; walaupun di masa itu DSWA mempunyai majoriti; DSWA tetapi dengan konsensus untuk melantik TunM sebagai PM ke7. Dan konsensus juga yang menyatakan Perdana Menteri seterusnya ialah DSAI. Sebagai Mufti DrMaza sepatutnya bi-partisan, tetapi bila DrMaza mengkritik atas kapasiti Mutfi, DrMaza sendiri telah mencemari institusi agama.

Kalau betul DrMaza risau pada Islam, boleh sahaja buat pertemuan 3 mata antara DrMaza , TunM dan DSAI; tegur lah di ruang peribadi. Tapi apa faedahnya menulis di public atas kapasiti mutfi; tidak berani letak penama seqodar hanya untuk mengadu domba?

Perjanjian Hudaibiyyah yang berat sebelah kepada kafir pun Nabi Muhammad tidak mungkir, apa rasionalnya TunM di suruh khianat konsensus? Bukankah khianat itu sifat seorang munafik? Apa kasyaf yang DrMaza nampak sampai DSAI tidak layak? Mungkin DrMaza boleh kongsikan bersama public, kenapa DSAI tidak layak menjadi PM.

Adakah ini berdasarkan ilham yang Allah turunkan pada DrMaza seperti mana ilham yang turun pada TGHH? Nampaknya TGHH dan DrMaza berkongsi pendapat atas perkara ini. Sepanjang saya ikuti pemikiran dan idealogi DSAI, saya lihat DSAI punya idea-idea yang segar, dia menyuruh kepada perpaduan bangsa Malaysia dan amat cakna pada orang miskin. Tidak pula DSAI menyuruh kepada perkauman sempit dan hanya menyuruh sesuatu kaum untuk mengutamakan barangan bangsa sendiri macam mana yang di seru mutfi sendiri.

Nak jadi pemimpin politik kena berani dan sebagai permulaan DrMaza boleh sahaja namakan terang-terang DSAI tidak layak kerana apa. Tak usah berselindung di balik kiasan. Bila hendak bercerita pasal politik, kena berpijak pada realiti. Kalau DrMaza rasa DSAI tidak layak kerana tidak bermoral, siapa calon PM yang bermoral ikut acuan DrMaza? Adakah calon persis Saddam Hussien? Atau calon tak bermoral yang ada kes pedofilia ( walaupun gugur sebab saksi tidak mahu teruskan)?

Atau calon yang ada berpuluh-puluh kes mahkamah? Kalau semua ini tidak layak ikut neraca DrMaza, boleh sahaja DrMaza turun dari kerusi empuk mutfi dan bertanding di PRK Tanjung Piai atas tiket perpaduan ummah. Kalau DrMaza menang dan kalau dapat sokongan Ahli dewan Rakyat, DrMaza boleh melobi untuk jadi PM ke 8. Bila sudah jadi PM ke 8 nanti DrMaza boleh la tunjuk macam mana Islam acuan DrMaza; mungkin hendak di mulakan dengan mengharamkan aliran lain selain dari aliran salaf di seluruh Malaysia baru Islam tidak terancam kan?

Yang pasti kalau PM8 bukan DSAI, PH dan terutama sekali Bersatu akan terkubur pada PRU15. Mungkin nanti perpaduan ummah akan menang dalan piliharaya, jika ikut neraca DrMaza , Islam akan jadi kuat kalau UMPAS menang; tak tahu nak letak MIC dan MCA di mana dalam konteks perpaduan ummah.

Saya tertarik dengan quote Dr Maza

"Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa"

"Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk."

Jika Allah sendiri tidak menghukum hambanya atas kesalahan orang lain atau kesalahan yang belum di lakukan, macam mana DrMaza boleh kata DSAI rakus dan sanggup mempergadaikan kesemuanya? Adakah DrMaza punyai bukti atas tuduhan ini? Kalau betul, saya cadangkan DrMaza supaya buat laporan polis atau pun buat akuan bersumpah; biar semua rakyat Malaysia tahu apa kelemahan DSAI. Kalau ini hanya suuzon DrMaza seperti mana prasangka DrMaza yang kata Islam lemah di bawah PH, DrMaza tidak sepatunya membuat kesimpulan sendiri. Kalau betul DrMaza ada kasyaf, kenapa tahun 2015 DrMaza tidak mahu nasihat DS Najib supaya pulangkan semula duit 1MDB yang di curi dari rakyat?

Dan sebagai soalan terakhir saya, macam mana DrMaza tahu kalau DSAI jadi PM ke 8, ianya satu pengakhiran yang buruk? Bukankah pengakhiran seseorang itu ditakdirkan oleh Allah? Macam contoh DrMaza sendiri, dahulu DrMaza kata berjuang atas panji kaum adalah assobiyyah dan salah, sekarang ini DrMaza sendiri berjuang atas panji bangsa dan assobiyyah. Mungkin ini sendiri cara Allah SWT menunjukkan pengakhiran DrMaza dengan membolak-balikkan hati dan pamirkan apa yang terhijab selama ini.

Maaf kerana banyak bertanya, orang awam macam saya tidak belajar tinggi tapi tidaklah sampai b*doh tak bertebing