Aku bukan sokong Ebit Lew. Orang yang ikut page aku pun tahu,
aku memang skeptikal dengan para lebai sekalian. Aku tak sedikit pun ada
keraguan yang Ebit boleh buat apa yang diperkatakan. Dia manusia, lelaki, sihat
dan masih muda lagi. Dan memang syaitan suka orang macam ni.
Dan aku pun bukan marah orang yang dedahkan hal ini. Kalau benda
jahat, kita kenalah beritahu orang awam supaya bilangan mangsa tidak bertambah.
Tapi itupun kalau berita yang pastilah. Kalau tak pasti nanti takutnya jadi
fitnah.
Cuma yang aku pelik, kenapa tiba-tiba kes Ebit Lew yang dipilih
untuk dihighlight. Iyalah, berita lebai songsang ni bukan benda baru. Dah
banyak. Mudir tahfiz meliwat pelajar pun kita selalu dengar. Ustaz yang konon
pandai mengubat tapi gunakan proses mengubat untuk merogol pun ada.
Itu belum cerita ulama yang bermessenger dengan isteri orang
siap tunjuk kemaluan. Ajak pulak perempuan tu pergi check in hotel untuk
berzina. Yang aku pelik, masa kes-kes ini, yang hero-hero ini semua senyap. Tak
ada bersuara langsung. Tapi bila tiba kes Ebit ni, rancak pulak dia.
Aku tak follow pun cerita Ebit ni. Tapi yang aku tahu katanya
dia goda ikut WhatsApp. Aku tak pastilah kalau ada perbuatan berbentuk fizikal.
Tapi fizikal atau tidak, goda isteri orang tu memang kerja salah. Kalau ikut
filem P. Ramlee, sula je orang yang ganggu isteri orang ni.
Tapi yang aku persoal, kes ustaz liwat pelajar tahfiz, telah
berlaku penetrasi. Tidak pula dia cakna. Masa tu tak pula kata kalau orang
liberal yang bawa kes ini. Kenapa ekkk? Apa istimewa kes Ebit Lew berbanding
kes liwat pelajar yang lebih besar itu?
Dan situlah persoalan aku. Bukan aku tak percaya Ebit Lew boleh
buat benda terkutuk tu. Selagi dia bernama manusia, dia terdedah kepada dugaan
syaitan. Kalau aku ada di tempat dia pun mungkin aku jadi macam dia. Aku
sendiri tak berani nak kata aku takkan jadi seperti itu.
Cuma aku pelik kenapa kes ini yang dia bersungguh sungguh. Itu
sahaja. Masa kes pelajar perempuan diugut rogol, dihina secara seksual oleh
gurunya tak pula dia bersuara. Jadi aku sebenarnya lebih sangsi niat jenayah
ini dibuka. Bukan sangsi ia benar. Tapi sangsi kalau pendedahan ini ikhlas.
Itu je...
.