AHLI MT UMNO NASIHAT MAT MASLAN TARIK DIRI

 

Ahmad Maslan wajar tarik diri dan batal hasrat tanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti.

Katanya Perdana Menteri yang cadang nama Ahmad Maslan. Tetapi MP PPBM mungkin kekal tidak sokong. Pengundian minggu lalu tangguh kerana sokongan tidak solid.


Ahmad Maslan salah seorang MP UMNO yang tidak sokong Muhyiddin sebagai PM.

Ada komen penyokong PPBM, “Kalau kau tidak sokong, kenapa kami kena sokong”.

Tiada jaminan MP PH akan sokong Ahmad Maslan walaupun pembangkang akan dapat satu kuota jawatan Timbalan Speaker.

Apakah itu kosmetik?

Sebab itu lebih baik tarik diri dan jauhkan diri dari politik kosmetik.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.