Isu judi, Pas mula menggelupur. Sedang cari dalil kot untuk
halalkan judi syarie. Waktu Pas hanya perintah Kelantan, mereka kata mereka
tiada kuasa di pusat. Nah, ditakdirkan Pas bersekongkol dgn pengkhianat untuk
jadi kerajaan tebuk atap, lebai Pas beberapa ekor jadi menteri di era Mahiadin,
judi ditambah dari 8 kali kepada 22 kali setahun. Bila Pas bersama Ismail Sabri
jadi PM, lebai Pas jadi menteri agama, judi masih dikekalkan kpd 22 kali
setahun.
Apa pula alasan lebai bila dah berada di Pusat? Mereka kata
mereka bukannya mengetuai kerajaan, iaitu PM bukan dari lebai. Waktu PH
perintah, macam2 mereka tuduh Anwar dan Guan Eng serta Mat Sabu, sedangkan
ketiga2 orang ini pun bukannya PM.
Seandainya, Na'uzubillah, Pas jadi PM, percayalah Pas tetap serupa
dan waktu itu lebai akan kata kami bukannya Agong. Kalaupun lebai dpt jadi
Agong, akhirnya dia akan kata kami bukannya Tuhan.
Ada saja alasan lebai....
WFAUZDIN NS