BOB KELANANG
Satu perkara yang UMNO perlu buat adalah mengukuhkan kembali
sokongan orang Melayu terhadap UMNO... UMNO yang satu masa dahulu adalah sebuah
Parti Pro Melayu yang kuat... namun sejak kebelakangan ini dilihat lemah dalam
mempertahankan hak-hak Melayu...
Ini semua disebabkan UMNO telah memberikan muka terhadap MCA dan
MIC... malah dalam banyak keadaan UMNO telah menggadaikan kerusi-kerusi
Parlimen yang mempunyai majoriti Melayu yang ramai kepada MCA dan MIC... Ini
sebenarnya mengecewakan para pengundi setia UMNO dan orang Melayu...
Kita faham... UMNO berbuat demikian sebab nak memastikan ada
suara dari bangsa Cina dan India berada di dalam Parlimen... ini kerana UMNO
tahu yang MCA dan MIC memang tidak akan ada peluang besar untuk menang kalau
bertanding dikawasan yang majoriti pengundi bangsa Cina atau India...
Berdasarkan rekod-rekod terdahulu... memang tak pernah pun MCA
dan MIC menang dikawasan majoriti pengundi bangsa Cina dan India... jadi...
memang MCA dan MIC tiada kemampuan untuk menang dengan kapasiti mereka sendiri.
Namun... pada PRU15 ini... adalah
terbaik
untuk UMNO menolak dengan baik tuntutan kerusi Parlimen dari MCA
dan MIC ni... jika mereka benar hendak bertanding... sila bertanding dikawasan
majoriti bangsa Cina dan India... UMNO kena ambik balik 3 kerusi Parlimen
ini...
3 kerusi Parlimen itu adalah Parlimen Teluk Intan, Parlimen
Tanjung Piai dan Parlimen Tapah.
No way UMNO patut berikan kepada MCA dan MIC... ni aku citer kat
bahagian Parlimen... bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pun sepatutnya
UMNO berbuat sebegini... jika MCA dan MIC nak kerusi... sila bertanding
dikawasan majoriti bangsa Cina dan India...
Setel... Kalau UMNO bertegas buat cara ni... aku jamin UMNO akan
menang solid DAN besar pada PRU15... dan pastinya akan dapat sokongan besar
pengundi Melayu atas pagar...
Pilihan ada ditangan UMNO... nak menang besar atau sekadar
biasa-biasa jer???