PM panggil Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu hanya untuk bincang soal pandemik Covid, tak lebih dari itu. Ada yg kata Pak Mail nak tawarkan Anwar jawatan TPM untuk tarik PH bagi memperkuatkan kerajaan Pak Mail.
Kelakar. Sewaktu kerajaan PH jadi kerajaan dulu pun Anwar tak
mahu jawatan TPM, bahkan selepas langkah Sheraton dulu Mahathir offer Anwar
jawatan TPM untuk 6 bulan saja sebelum Mahathir serah jawatan PM kepada Anwar,
itu pun Anwar tolak.
Sebab, jawatan bukan segala2nya buat Anwar. Dia mahu lakukan
lebih dari itu untuk kepentingan rakyat dan negara. Kalau dia tak mahu menjadi
TPM di bawah Mahathir yang dia tidak yakin Mahathir boleh lakukan reform kepada
negara ini, apakah kita fikir Anwar yakin dengan Pak Mail? Sudah tentu tidak.
Mengharapkan Umno untuk lakukan reform sama seperti mengharapkan parti lebai
menolak jawatan menteri. Mustahil.
Oleh itu, Anwar hanya boleh pertimbangkan untuk bantu Pak Mail
di dalam menangani masalah Covid. Itu pun kerana titah Agong yang menyeru agar
ada kerjasama memperbaiki keadaan yang huru hara sekarang. Reform yang
didambakan oleh rakyat negara ini hanya boleh kita nikmati sekiranya Anwar
menjadi PM. Itu saja.
Sehubungan itu, semua jentera parti di dalam PH mesti
diperkuatkan mulai sekarang bagi menghadapi PRU15 sekiranya kita mahu lihat apa
itu 'reform' yang selalu kita laungkan sejak tahun 1998. Kalau parti sendiri tidak
kukuh, jentera tiada di banyak tempat, masih bergantung dengan jentera parti
rakan, janganlah gatal mulut asyik bercakap mahu tukar Pengerusi PH. Cermin
diri kita dulu, adakah kita sudah cukup kuat?
WFAUZDIN NS