Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat sebarang pengumuman berhubung pembentukan anggota Kabinet hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) sejurus selepas Ismail Sabri tiba di Bangunan Perdana Putra sekitar 3.37 petang di Putrajaya.
Beliau sebelum itu, menyembah maklum senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Menurut Istana Negara, majlis sembah menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi tadi.