TEAM PAK JAHID & TOK MAT MULA PANIK


Saya ulas kelmarin bila Mail umum Kabinet beliau... PH biasa-biasa je sebab itu bukan kerajaan kita. Cuma kita terkejut Kabinet baru seperti ganti tong sampah baru sahaja. Yang panik Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Ketua Pemudanya. Bukan sahaja panik tapi rasa seperti hilang maruah.

Hari ini Pak Jahid dan Tok Mat telah dapat menghidu bahawa lantikan Menteri tersebut adalah untuk persiapan Mail merampas jawatan Presiden UMNO dan KJ atau Hishamuddin akan merampas kerusi Timbalan Presiden dari Tok Mat.

Jadi mereka akan kekalkan usaha sama kerajaan PN iaitu Bersatu, UMNO dan PAS. Ini kerana perancangan UMNO team Zahid bila UMNO mempunyai kuasa PM, percaturan mereka membunuh Bersatu dan pulihkan kembali Muafakat Nasional. Tapi bila melihat kabinet Pak Mail, jelas ia ada perancangan yang lebih besar dan berniat untuk berselingkuh dengan Bersatu pada PRU 15 nanti.

Norman Radzuan