Cerita sedih yang berlaku hari ini dalam masa hampir sejam.
Saya baru sahaja follow SS Mufti sekitar jam 11 pagi, lalu ternampak posting terkini dengan caption beliau.
Saya pun cuba nasib je dan komen dalam tu, lagipun komen saya tu saya cuba murnikan supaya tidak berbaur sindiran atau menggelar SS Mufti dengan gelaran yang tak baik.
Saya juga berusaha untuk mendapatkan pencerahan berkaitan isu ejen zakat perlis kepada SS Mufti melalui ‘PM tepi.’ Saya juga berusaha untuk menulis dengan baik dan harmoni agar tidak ada sebarang prejudis atau salah sangka.
Tiba-tiba tepat jam 12 tengah hari saya sudah tidak boleh membuka akaun rasmi instagram SS Mufti.
Demikianlah kisah sedih saya pada hari ini.
Sumber | Facebook Furqan Abdullah