Sepatutnya PH jangan terkena 'perangkap' samar. UMNO sudah ada pengalaman lebih 60 tahun berkuasa. PH cuma ada pengalaman berkuasa hanya 22 bulan sahaja. Itu pun telah dikemudikan oleh seorang atok yg dahinya bercabang dua.
Pelawaan si Mail tu utk sekadar membereskan dan menyelesaikan sedikit masalah foundation dan struktur kerajaan baru dia. Dan bukan benar2 utk sama2 membantu hapuskan COVID dan pulihkan ekonomi dlm membina semula negara. Bunyinya macam retorik tapi sebenarnya bullshit.
Apa sebenarnya KEPAKARAN HEBAT yg ada pada Anwar, Mat Sabu dan LGE itu .. sehingga sebuah kerajaan baru 'beria2 sangat' utk menggunakan formula2 mujarab dari mereka bertiga ini. Ini adalah satu pelawaan yg bersifat retorik dari sebelah pihak kerajaan. Sebenarnya pihak PM dan kerajaan tidak sedikit pun terkesima dgn bentuk bantuan kerjasama dari PH. Tapi pihak PM dan orang2 di sebelah sana sudah dapat baca dgn teori SWOTnya, kelemahan dan ancaman yg ada padanya dia akan convert utk jadikan peluang !
Ada dua peluang yg diorang boleh bina ketika ini. Yg pertama diorang cuba mengamankan dan menstabilkan ribut politik dalaman yg wujud masakini pasal masalah menstrukturkan jentera dan kabinet kerajaan supaya ianya akan menjadi cool pada awalnya dan mantap pada akhirnya.
PM dan diorang sebenarnya pandai dan berstrategik dlm setiap step dan gerak. Semuanya akan memberi keuntungan yg LEBIH kpd diorang dan bukan kpd PH. Saya percaya ada seseorang yg sangat berpengalaman yg cukup lama dlm hidup juga dlm politik, yg bijak lagi licik berada di belakang, what to do and how to start? .. penasihat mentor tu tuan2 .. bukan calang2 ...
Yg keduanya ialah sebab diorang sudah mula menyusun strategi utk PRU15. Kerjasama dgn parti pembangkang boleh menggambarkan satu kerajaan yg prihatin dan bertanggungjawab kpd rakyat dan negara dari segi pengurusan persepsi. Di sini PM sekali lagi mendapat extra competitive advantage dan telah membuat satu pilihan yg sangat baik dari segi game theory. PH jugak yg sedikit akan rugi.
Tuan2 .. dlm sebuah kerajaan yg berkuasa kpd penduduk yg mempunyai populasi hampir 33 juta, bukan diorang tak boleh cari pakar yg terpakar dlm membina ekonomi dan meredakan COVID .. macam2 pakar dan penasihat profesional pun boleh ada .. tak semestinya bergantung semata2 dari Anwar, Mat Sabu dan LGE.
Saya percaya .. kalau ada kalibat Rafizi bin Ramli, dia akan tolak bentuk kerjasama yg seperti ini. Sebab politik Rafizi tidak sama dan dia adalah seorang politician yg sangat berstrategi.
Credit: Penulis