ROS DIPERGUNAKAN UNTUK TEKAN UMNO APABILA ISMAIL SABRI GAGAL TARIK SOKONGAN? APA GUNA UMNO DAPAT TPM TETAPI UMNO BAKAL HANCUR?

 

Sewaktu pemimpin umno tidak pegang jawatan TPM, umno selamat bila ROS keluarkan surat benarkan Umno tangguh mesyuarat.

Ingatkan, bila TPM itu dipegang oleh Naib Presiden Umno, Ismail Sabri, sudah pastilah Umno bertambah selamat.

Rupa2nya, bila Ismail Sabri jadi TPM, tiba2 ROS keluarkan satu surat lagi iaitu menyatakan penangguhan mesyuarat Umno dulu tidak sah.

Malangnya Umno kerana Naib Presiden mereka sendiri tidak mampu tolong Umno. Peliknya, ROS umumkan sebaik sahaja Ismail Sabri 'kantoi' bila mendedahkan hanya 31 MP dari Bn termasuk Umno yang sokong PM serta kerajaan PN. Itu pun dua MP yang disebut oleh Ismail Sabri menafikan selepas itu. Pendedahan Ismail Sabri itu menambah malu PM kerana terbukti, jelas dan nyata memang beliau tiada majoriti seperti yang beliau dakwa baru2 ini. Mungkinkah kerana itu maka ROS dipergunakan untuk menekan Umno?

Kalau Umno ada TPM yang tidak mampu selamatkan Umno, apa kejadahnya lagi Umno mahu harapkan dari kerajaan gagal ini? Umno pasti tidak akan diusik, diganggu gugat jika mereka menyokong Anwar jadi PM kerana politik Anwar tidak sejahat abah cow. Tetapi jika Umno masih beriman dan beratib dengan kalimah 'No Anwar, No Dap", tunggulah waktu Umno ditalkinkan oleh pemimpin Umno sendiri.

WFAUZDIN NS