Review ‘Mee Kari Putrajaya”, Netizen tanya tu je kerja penasihat?KEH..KEH...BUAT TAIK DI IPOH..DIA NAK BUAT TAIK KAT PUTRAJAYA PULAK

 Review ‘Mee Kari Putrajaya”, Netizen tanya tu je kerja penasihat?

APA LA PUNYA  SAMDOL PENASIHAT PM NIH...


Video TikTok memaparkan Penasihat Khas Perdana Menteri Ahmad Faizal Azumu, menikmati hidangan mee kari di pejabatnya di Putrajaya, mengundang kecaman dan kemarahan warganet.

Sebahagian mereka terkejut dengan tindakan Faizal membuat ulasan makanan ketika negara berdepan jangkitan dan kes kematian Covid-19 yang semakin teruk, ditambah pula kedudukan kerajaan sedia ada yang dipersoal jumlah majoritinya.

Dalam video ditularkan, bekas menteri besar Perak itu berkata, beliau mencuba semangkuk mi kari dari Putrajaya yang dikatakan cukup lazat, sambil menambah hidangan itu menjadi kegemarannya ketika berada di Ipoh.

Tidak cukup dengan itu, Faizal berkata beliau pernah menikmati mi kari setiap hari di Ipoh, sambil memberi rating 8.5 daripada 10 terhadap hidangan mi kari dari Putrajaya itu.

Seorang pengguna media sosial berkata “Adakah ini kualiti menteri Malaysia?” manakala beberapa lagi mengkritik video itu tidak kena pada masanya dan tidak peka.

Pengguna Facebook, Suhaili Abu Kassim, berkata Faizal sepatutnya menggunakan masa dan kebijaksanaannya untuk mengeluarkan idea membantu perdana menteri menguruskan situasi Covid-19, bukannya mempromosi semangkuk mi kari.

Menyatakan Faizal bertanggungjawab terhadap pembangunan sosio ekonomi, Suhaili berkata, video dimuat naik langsung tidak membantu usahawan dan timbalan presiden Bersatu itu sepatutnya menangani permasalahan dalam skop lebih besar.

Pengguna Facebook lain, Deen Keramat, berkata Faizal patut sama mempromosi kedai lain, bukan tertumpu kepada kedai menjual mi kari semata-mata.

“Bengkel automotif, kedai emas, tukang gunting rambut, dan banyak lagi kedai terjejas. Tanya Peja untuk buat promosi sama,” katanya merujuk nama singkatan kepada Faizal.

Sementara itu, beberapa wargenet mendakwa Faizal gagal menamakan kedai menjual mi kari berkenaan, dengan mengatakan banyak kedai menjual hidangan terbabit di Putrajaya.

Faizal dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri bertaraf menteri minggu lalu, yang mana tindakan itu mencetuskan kemarahan serta kritikan.

Rakyat mempersoalkan keperluan pelantikan itu membabitkan tambahan kewangan terhadap kerajaan, ketika negara sedang bergelut menguruskan kos dalam semua sektor.

Ketika mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu, Pejabat Perdana Menteri berkata beliau bertanggungjawab memberi nasihat kepada Muhyiddin Yassin membabitkan hal ehwal komuniti, masyarakat dan pembangunan sosio ekonomi.

Video Player
00:00
01:14