POSTED BY AMIR WRLR
Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mampu
menggunakan akal rasional dengan menutup terus Parlimen mulai hari ini untuk
tempoh dua minggu dengan alasan berlaku jangkitan Covid 19.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PM Mahiaddin melawan semua
pihak di sekitarnya sama ada pembangkang, rakyat sehinggalah Yang di-Pertuan
Agong demi mengekalkan kuasa.
"PM sudah gila, dia lawan Parlimen, Raja, Yang di-Pertuan
Agong. Kita tak boleh bersidang. Kami Pembangkang atau pemerintah tetap jadi
Ahli Parlimen.
"Dalam keadaan (kucar kacir) seperti ini pelabur mana nak
datang? Politik lebih teruk dari Zimbabwe (suatu ketika dahulu). Kalau Zimbabwe
presidennya masih hidup mereka pun malu dengan Malaysia
"Kami lama dalam Parlimen tak pernah rasa seperti ini.
Mahiaddin mesti pergi. Dia langgar peraturan, Raja Melayu dan paling penting
langgar rakyat
"Semua termasuk Umno juga perlu mengambil sikap sekarang
ini," katanya dalam ucapan di Dataran Merdeka, pagi tadi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula
mempersoalkan apakah yang ditakuti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana
tujuan sidang Parlimen hari ini adalah untuk membincangkan isu rakyat dan Covid
19, bukannya melakukan usul Undi Tidak Percaya.
"Hari ini 2 Ogos, Malaysia bebas dari darurat. Malaysia pun
nak bebas dari kemelesetan ekonomi. Malaysia nak bebas dari kerajaan gagal.
Malaysia nak bebas dari PM yang langgar rakyat, Perlembagaan dan Raja
Berperlembagaan
"Sampai masanya ita serahkan kepada Parlimen dan rakyat. Hari
ini bukan kita nak buat Undi Tak Percaya. Kita nak bincang masalah rakyat di
Parlimen," katanya.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali, Tun
Mahathir Mohamad juga menyokong himpunan Ahli Parlimen menolak Mahiaddin hari
ini yang dianggap beliau sebagai detik hitam dalam sejarah.
Katanya, hari ini pertama kali sejak merdeka Ahli Parlimen tidak
dibenarkan masuk bersidang.
"Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia Ahli Parlimen tidak
boleh pergi ke Parlimen.
"Saya bersama dengan yang lain, saya sokong. Apa patut kita
hadapi sekarang ialah untuk bincang Darurat seperti jadual.
"Tetapi inilah kerajaan Mahiaddin tak bagi bercakap (dalam
Parlimen), tak bagi bercakap di luar Parlimen. Apa nak jadi negara kita? Ini PM
sepatutnya tak jadi PM. Saya harap rakyat faham mengapa kita buat pendirian
ini. Hari ini negara tidak ada kerajaan," katanya.
Selain itu, Tun juga mengimbau pindaan Perlembagaan Persekutuan
yang beliau buat pada 1990an lalu yang mempersembahkan rang Undang-undang (RUU)
kepada Yang di-Pertuan Agong setelah diluluskan Dewan Rakyat. Sekiranya Agong
tidak perkenan maka RUU itu kembali ke Dewan Rakyat untuk disemak.
Namun, katanya, kerajaan PN dalam memansuhkan Ordinan Darurat
tidak melakukan hal berkenaan. Memansuhkannya secara sepihak.
"Ikut pindaan kita buat dulu dewan mesti bincang. Kalau Raja
tak lulus dalam dua bulan, baru jadi undang-undang.
"Ini (kerajaan Mahiaddin) tak bawa ke Raja. Raja tak setuju
dah jadi undang-undang. Tak ikut peraturan.
"Saya harap rakyat akan tolak orang semacam ini dari pegang
apa jawatan pun. Jauh sekali jadi PM," katanya.